PERKESO atau dikenali juga sebagai SOCSO (Social Security Organisation) ialah pertubuhan yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka.
Ia ditubuhkan untuk mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Untuk pengetahuan anda terdapat satu portal layan diri yang diwujudkan oleh PERKESO untuk majikan menguruskan maklumat majikan, pekerja dan caruman bulanan PERKESO.
Portal ini boleh digunakan secara FPX dan perbankan internet, selain itu juga perkhidmatan ini adalah selamat, transaksi yang berkesan dan bebas kertas tanpa anda perlu buat semua secara manual. Baca perkongsian seterusnya untuk maklumat yang lebih terperinci tentang Assist Perkeso dan cara login ini :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara Daftar Assist Perkeso
Sebelum anda ingin mengakses atau menggunakan Assist Perkeso ini, anda perlu mendaftar dahulu akaun Assist Perkeso dengan mengisi borang pendaftaran. Berikut ialah langkah-langkah untuk memdaftar dan mendapatkan nama pengguna serta kata laluan :
0️⃣1️⃣Majikan nak guna sistem assist perlu download dan isi borang ini dahulu (Assist borang pendaftaran)
0️⃣2️⃣Sattle isi hantar ke pejabat perkeso terdekat
0️⃣3️⃣Taknak pergi pejabat perkeso hantar melalui email di [email protected]
0️⃣4️⃣Sebelum hantar borang tadi pastikan semua detail betul.
0️⃣5️⃣Beberapa ketika kemudian selepas hantar borang, anda akan dapat id dan password sementara untuk login
0️⃣6️⃣Dapat login boleh tukar password kepada password anda sendiri nanti.
Cara Perkeso Login (Employer / Majikan)
Selepas anda mendaftar menggunakan langkah di atas tadi, anda boleh login PERKESO Assist Portal dengan menggunakan username dan password yang diberikan melalui emel. Di bawah ia langkah-langkah untuk mengakses akaun PERKESO Assist Portal :
0️⃣1️⃣Layari ke PERKESO Assist Portal untuk log masuk (Login PERKESO Assist Portal)
0️⃣2️⃣Pilih nak guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
0️⃣3️⃣Masuk alamat emel seperti mana yang anda daftarkan
0️⃣4️⃣Masukkan password anda, kalau tadi dh ubah password pakai yang terkini tersebut.
0️⃣Tak ingat passwor, ketik Forgot Password.
0️⃣6️⃣Sattle ketik Login dan anda berjaya mengakses ke PERKESO Assist Portal
Cara Tambah Employee Baru
*Senarai Majikan akan dipapar secara automatik jika anda klik pada “Update Add New Employee”
0️⃣1️⃣ Sila membuat carian (Employer Code or Employer Name)
0️⃣2️⃣Klik pada butang “Search”
0️⃣3️⃣Klik pada “Edit Button“ pada Action column
0️⃣4️⃣ Klik pada “Add Employee”
0️⃣5️⃣Isikan maklumat pekerja (Employee Information)
0️⃣6️⃣Klik pada butang “Save“
0️⃣7️⃣Klik butang Save and Continue
0️⃣8️⃣Klik pada butang “Add Document”
0️⃣9️⃣Pilih Description dari senarai drop-down
1️⃣0️⃣Klik Choose File dan buka file untuk muatnaik
1️⃣1️⃣Tuliskan remark pada ruangan yang disediakan jika ada
1️⃣2️⃣Klik Add Document
1️⃣3️⃣Klik Save and Continue
1️⃣4️⃣Klik Submit
1️⃣5️⃣Klik Confirm
1️⃣6️⃣New Employee berjaya ditambah
Assist EST Manual Guide (Cara Guna) PDF
Bagi anda yang memerlukan rujukan dan panduan tentang PERKESO Assist Portal ini, anda boleh rujuk link di bawah
Oleh itu, bagi majikan yang ingin memudahkan transaksi antara majikan dan pekerja, anda boleh rujuk perkongsian seperti di atas untuk mendaftar dan menggunakan PERKESO Assist Portal ini bagi membantu sistem pengurusan anda lebih efisien dan mudah. Semoga bermanfaat!
Maklumat Lanjut
📍Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang 55000 Kuala Lumpur, Malaysia
☎️1-300-22-8000
Facebook : https://www.facebook.com/PERKESO.Official/