Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perasaan bila kita membaca atau mendengar berita anak-anak kecil yang menjadi mangsa pengasuh. Bagaimana perasaan ibu bapa itu? Dan jika anak itu masih hidup, bagaimana dia membesar dengan trauma yang kuat itu, hanya Allah yang tahu.
Bolehkah kita membendung kejadian ini dari terus menular dan menjadi ketakutan ramai ibu bapa yang terpaksa meningalkan anak-anak dengan pengasuh.
Disebabkan banyak perkara seperti ini berlaku , ramai para ibu yang berhenti kerja sebagai jalan penyelesaian kepada perkara ini. Mungkin itu yang terbaik.
Namun, ada keluarga yang tidak mampu mengambil tindakan itu kerana tekanan ekonomi dan kemungkinan juga kerana spesifikasi kerja yang memerlukan si ibu perlu terus bekerja. Selain itu, ibu tunggal juga menjadi sebab mengapa berhenti kerja bukanlah jalan penyelesaian baik bagi seseorang ibu itu.
3 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMASTIKAN PENGASUH ITU BETUL-BETUL BOLEH DIPERCAYAI.
1) Pastikan dia mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak. Ini amat penting kerana ini akan memastikan kemahiran yang dimiliki. Jika ia adalah pusat penjagaan kanak-kanak, maka amat penting bahawa semua pekerjanya yang menjaga kanak-kanak mempunyai kelulusan penjagaan kanak-kanak yang diiktiraf.
Tolong jangan tinggalkan anak kecil anda dengan seseorang dan tempat jagaan kanak-kanak yang ikut tangkap muat sahaja. Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda. Tiada kompromi!
2) Buat siasatan dan kajian mendalam sebelum sah mengambil seseorang pengasuh atau memilih pusat asuhan untuk anak anda.
- Seeloknya lihat rekodnya dan bukan hanya mendengar penjelasan daripada pengasuh berkenaan, cari info yang berkaitan dengan pengasuh atau pusat asuhan yang terlibat.
- Jumpa ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka kepada pengasuh tersebut.
- Tanyakan kepada budak asuhan yang ada di tempat asuhan itu dan pastikan pengasuh tidak ada berdekatan dan hanya berdua bersana jabaj-kanak tersebut.
- Lihat reaksi kanak-kanak tersebut dan tanyakan pada kanak-kanak yang lain supaya lebih yakin.
3) Pantau berkali kali walaupun sudah yakin itulah tempat yang ok atau orang yang anda hendak tinggalkan anak anda, maka lakukan pantauan dari semasa ke semasa.
- Jika pengasuh atau tempat asuhan itu bagus, mereka tidak akan kisah dan marah anda datang memeriksa kerana mereka tidak ada apa yang hendak disembunyikan.
- Jika mereka mengatakan jangan datang kerana tidak mahu anak anda terus menangis tidak mahu berpisah, maka anda boleh pantau dari luar atau lebih baik minta seseorang yang anak anda tidak kenal untuk datang membuat pantauan.
Point tambahan yang sangat penting :
Bila ambil anak balik dari tempat pengasuh.
- Cuba untuk melihat sekeliling tempat asuhan dan dengarkan bahasa yang digunakan pengasuh kepada anak asuhan atau anaknya sendiri.
- Apabila tiba dirumah , segera periksa seluruh badan anak dan jika terdapat kesan lebam atau kecederaan ambil gambar lalu tanyakan kepada anak bagaimana kecederaan berlaku atau tanyakan kepada pengasuh pada keesokkan harinya jika anak masih tidak bole bercakap .
- Peka juga terhadap apa yang dikatakan anak dan mengajak anak berborak tentang aktiviti harian mereka supaya anak merasa diperhatikan dan mendapat perhatian jika berlaku sesuatu kepadanya.
Perlu Bekerja
Memang kita sedih dan tersentap membaca tentang kisah tentang penderaan kanak-kanak di pusat asuhan kanak-kanak dan berharap agar tidak berlaku kepada anak sendri dan keluarga terdekat jadi tidak ada ruginya jika kita cerewet akan hal begini.
Merasa takut anak dicederakan di tempat pengasuh menjadi aspek paling merisaukan kepada ibubapa yang meningglkan anak mereka kepada pengasuh namun atas sebab berkerjaya dan perlu mencari rezeki ibu terpaksa juga menghantar anak kepada pengasuh.
Perkongsian ini bertujuan untuk memberi tip berguna dalam pemilihan tempat asuhan anak-anak supaya anak selamat dan membesar dalam persekitaran yang baik malah ibu dapat bekerja dengan baik dan tidak tertekan kerana sentiasa memikirkan anak.
Berdoa
Satu perkara yang PALING PENTING untuk anda lakukan setiap hari adalah BERDOA kepada Allah dan memohon dengan sesungguhnya kepada Allah agar anak sentiasa dalam keadaan baik. Minta dari Allah agar anak-anak dijauhi dari mereka yang tidak bertanggung-jawab.
Ibu bapa harus mengambil segala langkah yang perlu dan bertawakal serta berdoa kepada Allah adalah yang paling utama. Kerana tidak bergerak sebiji zarah sekali pun kecuali dengan izin Allah.
Allahlah yang menjaga anak-anak kita sebenarnya. Pohonlah agar hati pengasuh anak-anak itu ikhlas menjaga dalam menajaga anak-anak.
Hargai Pengasuh yang baik.
Dan jika anda sudah menjumpai pengasuh yang baik, maka hargailah mereka. Mereka adalah insan yang didatangkan kepada anda untuk memudahkan anda melakukan urusan hidup anda seharian. Itu rezeki yang sangat besar dan Allah telah berpesan:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Semoga anak-anak kita dihindari dari perkara yang tidak baik dan membesar dengan baik. Semoga para pengasuh menghargai pekerjaan mereka serta menjaga anak-anak dengan kasih sayang dan ikhlas.