Ashira Dan Bad Indigo Sah Bercerai


Semalam , penyanyi Ashira dan suaminya Bad Izhan telah mengumumkan status hubungan terbaru mereka di media sosial dan membuat kenytaan berkenaan perkara tersebut.

Ashira dan Bad telah berkongsi video yang di muat naik di Instagram yang mana mereka mengakui keputusan untuk berpisah  itu dibuat atas persetujuan bersama dan berpisah secara baik tanpa ada sebarang perselisihan antara mereka.

Malah menolak dakwaan jika  terdapat orang ketiga antara hubungan mereka dan tidak mahu bercerita lebih lanjut berkenaan perpisahan antara mereka yang didakwa baik – baik sahaja .

 

“Kami dah capai persetujuan bersama, kami dah sah berpisah. Tapi, kami tetap berkawan sebab kami memang nak berkawan sampai bila-bila. Insya-Allah. Saya tetap sayang dia juga. Yang penting, tak ada orang ketiga, keempat, kelima dan keenam.”

Pasangan ini menolak untuk bercerita lanjut mengenai perpisahan mereka dan redho dengan ketentuan yang telah ditetapkan walaupun jodoh hanya sementara dan berpisah juga pada akhirnya.

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

Bad dan Ashira telah pernah menjadi topik hangat apabila berkahwin pada 11 Mac 2021 yang mana hubungan mereka mulai rapat ketika menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) bersama- sama.

Mereka telah mengambil keputusan untuk berumah tangga dan dilihat bahagia bersama sehingga Bad disahkan mengidap penyakit kencing manis serta terpaksa menggunakan kerusi roda kerana penyakit tersebut,

“Sebenarnya, apa sebab semua ini (berlaku), tak boleh nak cerita sebab apa yang berlaku dalam perkahwinan adalah aib. Mendedahkan aib walaupun aib sendiri adalah dosa. Jadi, hanya Allah yang tahu,”katanya.


Mereka telah mengambil keputusan untuk membuat kenyataan di media sosial agar tiada campur tangan daripada orang luar yang boleh menyebabkan perkara tidak baik berlaku kerana ianya melibatkan dua keluarga besar antara mereka.

“Kami nak beritahu dahululah sebelum keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita di luar yang tak betul. Diharap, video ini jelaslah untuk semua orang. Tak ada masalah antara kami.”

“Dan nak minta maaf juga kalau ada kawan-kawan wartawan yang nak tanya kenapa, punca dan bila. Yang itu biarlah saya, dia keluarga dan yang di atas (Allah) sahaja yang tahu,” jelas Ashira lagi.

Pasangan ini mengakhiri hubungan mereka tanpa perseketaan kerana tidak mahu perkara ini berlanjutan dan tidak mahu mengumbar aib dan menyebabkan perbalahan ,

Penafian – Semua yang portalamalaysia share diatas sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Ashira Dan Bad Indigo Sah Bercerai” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.