Arsenal Kecundang Layu Di Tangan Crystal Palace “Vieira”!


Bagai Diiris Dengan Sembilu. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Arsenal tewas di tangan pasukan “The Eagles” Crystal Palace yang dikemudi oleh Patrick Vieira. Bekas pemain serta legenda Arsenal tersebut telah menghantui pasukan Mikel Arteta dalam misi merampas semula kedudukan empat teratas serta slot ke Liga Juara Juara Eropah (UCL) malam tadi.

Arsenal Kecundang Layu Di Tangan Crystal Palace "Vieira"! 2

“The Gunners” dikejutkan seawal minit ke 16 apabila sepakan bebas Joel Gallagher ke arah Andersen berjaya ditanduk ke arah Jean Phillippe Mateta lalu disudahi dengan tandukkan kencang ke arah gawang gol oleh penyerang itu.

Arsenal Kecundang Layu Di Tangan Crystal Palace "Vieira"! 3

Namun, selang beberapa minit kemudian pertahanan Palace, Andersen sekali lagi bertindak cemerlang dengan melakukan hantaran deras ke arah Jordan Ayew yang berjaya melakukan larian pantas melepasi dua pertahanan Arsenal lalu melakukan rembatan menewaskan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale. Gol kedua itu berjaya dijaringkan dengan keadaan Arsenal yang masih mencari rentak permainan.

Asakan demi asakan dilakukan pemain tuan rumah namun buntu untuk mendapatkan gol ketiga. Pertahanan Arsenal, Gabriel melakukan tandukan melalui sepakan penjuru pada masa kecederaan separuh masa pertama namun serangan lemah itu berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Palace serta terus ditamatkan permainan oleh pengadil.

Arsenal Kecundang Layu Di Tangan Crystal Palace "Vieira"! 4

Babak kedua berlangsung dengan setiap pasukan melakukan serangan balas antara satu sama lain. Skuad Arteta berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-62 melalui serangan pemain muda Smith Rowe namun rembatan yang lemah gagal menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Arsenal Kecundang Layu Di Tangan Crystal Palace "Vieira"! 5

Namun serangan bertali arus itu diberi kejutan apabila Palace berjaya mendapatkan sepakan penalti pada minit ke-74 hasil dari gelecekan pemain licik, Wilfried Zaha yang dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan Arsenal. Zaha ternyata tenang mengambil sepakan penalti tersebut apabila menyumbat gol ketiga Palace serta menambah duka pasukan Arteta.

Walau bagaimanapun, Eddie Nketiah cuba untuk membangkitkan kembali semangat pasukan dengan melakukan sepakan lencong namun sepakannya itu hanya singgah ke tiang gol lawan lalu gagal untuk memberikan sebarang gol. Wisel penamat akhirnya ditiupkan dan tuan rumah yang berjaya mengutip 3 mata penuh dan mendapatkan 3 gol tanpa bolos.

Arsenal Kecundang Layu Di Tangan Crystal Palace "Vieira"! 6

Ternyata, Arsenal perlu bangkit untuk menang baki perlawanan seterusnya jika mahu mengekalkan slot empat terbaik serta layak ke liga berprestij Liga Juara Juara Eropah (UCL) untuk musim depan dari dirampas oleh musuh setempat, Tottenham Hotspurs yang kini menduduki tangga ke empat liga.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3