Arsenal Calon Juara EPL!


Come On You Gunners. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Mampukah Arsenal Berada Di Puncak Liga

Penyokong Arsenal kini sangat optimis bahawa The Gunners mampu menjulang gelaran Liga Perdana bagi musim 2022/2023 kelak.

Arsenal Calon Juara EPL!

Selepas melalui aksi pra musim dengan rekod cemerlang 100 peratus kemenangan, Arsenal kini sudah mula berangan angan mahu membawa pulang trofi ke Stadium Emirates semula.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu berjaya mencatatkan lima kemenangan dari lima aksi pemanas badan mereka pada musim panas ini.

Arsenal bahkan turut berjaya menjaringkan 20 gol dari kesemua lima perlawanan tersebut dan ia merupakan satu rekod yang sangat menakjubkan.

Jentera serangan mereka jelas sekali sangat berkesan dan kehadiran pembelian musim panas kelab, Gabriel Jesus yang sangat membantu skuad Gunners menghasilkan gol.

Pemain kebangsaan Brazil itu berjaya memberikan impak seperti yang diharapkan dengan beliau berjaya menjaringkan tujuh gol dari lima perlawanan bersama The Gunners.

Melihat kecemerlangan skuad kendalian Mikel Arteta itu, para penyokong Arsenal mula menyatakan kepercayaan mereka tentang kebolehan skuad untuk menjuarai saingan Liva Perdana musim ini.

Arsenal Calon Juara EPL!

Para peminat sangat yakin yang skuad Arsenal pada musim baru ini benar-benar mantap dan bersedia untuk memenangi sesuatu.

Gunners pada musim lalu berjaya mengakhiri saingan Liga Perdana di kedudukan kelima seterusnya melayakkan mereka untuk beraksi di pentas saingan Liga Europa.

Melihat kepada kemampuan skuad Arsenal pada musim baharu ini, tidak akan mengejutkan sama sekali andai mereka akan mampu untuk bersaing merebut gelaran Liga Europa pada musim baharu ini.

Arsenal Calon Juara EPL!

Mereka juga berpotensi untuk setidak-tidaknya memenangi satu piala andai skuad kendalian Mikel Arteta itu konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka.

Musim lalu, ketika skuad Arsenal berjaya merekodkan beberapa kemenangan secara berturut-turut hingga membawa mereka dari kedudukan ke-19 hingga ke kedudukan keenam, para penyokong turut meluahkan keyakinan yang sama.


Mereka ketika itu merasakan tidak mustahil untuk Gunners memintas Liverpool dan Man City di puncak saingan liga andai mereka mampu konsisten mencatat kemenangan demi kemenangan.

Walau bagaimanapun, harapan para penyokong terkubur selepas Arsenal berdepan beberapa siri kekalahan yang menyebabkan mereka semakin jauh ditinggalkan oleh Liverpool dan Man City.

Mereka bahkan turut dipintas oleh Tottenham Hotspur, seterusnya mengesahkan yang skuad kendalian Mikel Arteta itu hanya akan beraksi di pentas saingan Europa League sahaja musim ini.

Adakah keyakinan para penyokong Arsenal akan dibalas dengan kejayaan oleh The Gunners? Atau mereka hanya akan mampu bersaing merebut kedudukan empat teratas sahaja dalam saingan liga? Bincangkan diruangan komen.

Penafian – Semua artikel admin kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Arsenal Calon Juara EPL!” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.