Penyanyi dan pengacara yang pernah juga menjadi pelakon , Aril Pilus telah mengakui dirinya sudah tidak bekerja lagi kerana tidak mempunyai tawaran daripada mana- mana produksi.
Aril yang dulu pernah mengacara program CCTV yang pernah disiarkan di saluran Astro Ria selama tujuh tahun akhirnya ditamatkan pada Ramadan yang menyebakan dia tidak mempunyai pekerjaan lagi.
Aril, 37, atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus menjelaskan dirinya kini lebih aktif menerusi platform digital seperti YouTube dan aplikasi TikTok bagi menjana pendapatan dan menaikkan namanya kembali .
Saya sekarang ‘jobless’ (tiada kerja),”kata Aril.
“Selepas daripada Covid-19 memang cabarannya agak sukar. Selepas tujuh tahun saya membangunkan program CCTV, akhirnya program itu ditamatkan pada bulan puasa tempoh hari.”
“Program itu ditamatkan sebab kita tahu situasi di televisyen ketika ini. Kalau kita tengok sekarang pun permainannya sudah berubah. Sekalipun anda selebriti dan nak berada lama dalam industri ini, maka kena buat dalam dua platform iaitu digital dan televisyen.”
“Kita tengok sekarang ini pengaruh media sosial tumbuh macam cendawan. Tak kira di mana platform pasti ada mereka ini. Jadi, sebagai seorang selebriti macam saya terkesan dan selepas program CCTV itu tamat saya memang tak ada kerja.”
“Kalau kita tak mula dari sekarang untuk buat sesuatu dalam digital, kita akan rugi. Maksud saya, kita tak tahu akan datang industri ini punya permainan macam mana.”
“Jadi, saya mula aktif di TikTok sebab kalau tengok dalam Instagram pun permainannya dah lain. Algoritmanya pun dah berbeza. Tiktok ini lebih terbuka dan lebih mesra dengan dengan sesiapa saja.”
“Sama ada selebriti atau orang biasa, kalau cuba untuk dekatkan diri dengan platform itu capaiannya lebih mesra. Kalau tengok Instagram macam dah lain, dia lebih kepada bisnes korporat dan sebagainya. Tapi hantaran dan apa-apa yang keluar sama,” jelasnya lagi.
Mengalami tekanan
Bercerita tentang perjalanan kerjayanya itu , Aril mengakui perkara tersebut memberikan kesan dalam kehidupannya sehingga dirinya mengalami serangan anxiety (kecelaruan keresahan).
Namun dia masih dapat mengatasai tekanan tersebut dan ianya tidak berterusan lama malah dirinya sudah pulih sepenuhnya dan mula melakukan kerja yang masih lagi dalam bidangnya sebagai anak seni.
“Memang sesiapa saja yang mengalami situasi macam ini akan terkesan. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah bertahan dengan simpanan yang ada. Saya pernah alami anxiety dan alhamdulillah ia tidak berterusan sampai sekarang.”
“Cuma saya dapat atasi perkara ini dengan cara spiritual. Macam mana nak dekatkan diri dengan Allah SWT dan sebagainya.”
“Saya jumpa juga dengan pakar psikologi. Apa yang memberikan saya semangat untuk terus bertahan adalah keluarga. Isteri saya bekerja sebagai pramugari pun cakap industri penerbangan ‘jahanam’ sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”
BACA : Muka Mulai Senget , Ako Mustapha Dikejarkan Ke Hospital
“Sekarang ini dia bersama syarikat insurans dan saya cakap dengan dia tak apa teruskan. Kita sokong satu sama lain. Tidak ada masa untuk tunggu, kalau kita tak buat sesuatu kita akan tenggelam,” katanya.
Aktif Dengan Youtube
Berkongsi mengenai perkembangan terbaru daripadanya , Aril bersama sahabatnya Alif Farhan kini sedang sibuk membuat kandungan video bagi mengembangkan saluran YouTube mereka menerusi program Gila Geng.
Program Gila Geng adalah sebuah platform untuk selebriti mempromosikan lagu, drama dan sebagainya bagi tujaun memperkenalkan nama dan produk mereka kepada industri seni.