Gaji Arif Aiman pemain paling top di Johor Darul Ta’zim (JDT) sekarang, masih pada tangga yang agak rendah jika dibandingkan dengan kualiti yang ditampilkannya bersama pasukan.
Mungkin kenaikkan prestasi musim ini akan menambah gaji pada musim depan bukannya kenaikkan terus.
Gaji Sekarang
Menurut perkongsian oleh host Astro Arena, Hafizal Hamad, gaji terbaru Arif Aiman kini berada pada tangga berpatutan iaitu RM25 ribu sebulan.
Perkara tersebut pernah dimaklumkan oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bahawa sebelum ini, pemain sensasi berusia 20 tahun itu hanya dibayar sekitar RM12 ribu sahaja pada permulaan.
Jemput Join Whatsapp Group Kaki Bola -> https://chat.whatsapp.com/JIVRHxKa8qPHfjWYO5I4su
Peningkatan ini dilihat signifikan dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak kelahiran Pahang ini sejak beberapa musim bersama Harimau Selatan.
Gaji Sepatutnya
Menurut Hafizal Hamad juga, tahap permainan sebenar Arif Aiman sebenarnya boleh dikatakan pada tahap gaji RM80 ribu sebulan.
Pada musim 2023, Arif Aiman telah menjaringkan 5 gol dan 5 gol bantuan yang menyaksikan anak didik Tano Solari kini gah memimpin saingan di tangga pertama penjaring terbanyak.