Ardell Aryana Tinggalkan Suami Dan Anak Tersayang Dengan Tangisan.


Pasangan selebriti, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana yang sering diperkatakan kerana sikap suaminya itu yang manja tetapi kali ini Nadzmi teolah berkongsi dengan umum  tentang sikap cengeng apabila menangis apabila terpaksa berpisah dengan anaknya.

Mereka yang baru-baru ini turut turun padang memberi dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.  Selepas keadaan banjir surut dan mendapat liputan serta bantuam yang sepenuhnya kini Nadzmi memaklumkan isterinya, Ardell akan berangkat ke Syria dan Lubnan untuk membantu rakyat disana pula.

Ardell yang memang sering melakukan misi bantuan di Syria dan banyak tempat sebelum berkahwin lagi merasa terharu kali ini kerana terpaksa meningglkan anaknya dan suaminya lagi kali ini.

Nadzmi yang juga sering bersama isterinya sebelum ini, tidak bersama dengan misi tersebut kali ini kerana perllu menjalani penggambaran dian menjaga anak tunggalnya itu namun tetap memberi kebenaran kepada isterinya untuk turut serta dalam misi tersebut kerana itu adalah perkara yang paling suka dilakukan oleh isterinya.

Melalui hantaran video tersebut ,ada juga yang tidak dapat menaham sebak melihat anak pasangan itu iaitu Arwa Malaikha Urwa mengelap air mata Ardell yang merasa sedih untuk meninggalkan anaknya itu .

Nadzmi juga turut meminta para pengikut dan peminat mendoakan agar urusan isterinya di sana dipermudahkan dan selamat pergi serta pulang ke tanah air.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi pasangan itu. Malah, ada yang mengatakan Ardell sangat beruntung mempunyai suami yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.

 

Namun tidak kurang juga netizen yang memberikan komen yang pedas dan juga mempersoalkan jihad yang dilakukan Ardell kerana dia sudah menjadi seorang isteri dan ibu yang mana jihad sebenarnya adalah disisi suami dan anaknya.

Mendapat kritikan dapat pandangan dari pelbagai pihak tidak memutuskan hasrat Ardell untuk misi bantuan tersebut kerana dia juga pernah mengikuti pelbagai misi bantuan yang dijalankan sebelum ini dan semuanya berjalan dengan lancar.


Baginya dorongan dan keizinan daripada suami menjadi aspek utama dalam meneruskan misi bantuan di serata tempat tanpa memilih kerana Ardell sudah bertahun melakukan misi ini malah telah menjadi sumber kekuatan dan juga kepuasan kepada dirinya.

Disclaimers – Semua yang kami share diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Ardell Aryana Tinggalkan Suami Dan Anak Tersayang Dengan Tangisan.” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia