Ar Rahnu Biznita YaPEIM: Cara Mohon Modal Perniagaan Untuk Wanita

Ar Rahnu Biznita YaPEIM 2021 Cara Mohon Modal Perniagaan Untuk Wanita

Menerusi Belanjawan 2021 yang telah diumumkan, mungkin ramai yang tak perasan bahawa terdapat peruntukan khas untuk memperkasakan wanita dalam bidang perniagaan atau keusahawanan di bawah program pembiayaan Ar Rahnu Biznita Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM).

Ini adalah pertama kali YaPEIM disebut dalam Belanjawan Negara dan program ini diharap dapat menjadi ‘batu loncatan’ kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan merekadalam masa yang sama membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kita, Seperti yang dikatakan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan.

Ar Rahnu Biznita YaPEIM: Cara Mohon Modal Perniagaan Untuk Wanita 1

“Kita lihat semasa situasi pandemik COVID-19, ramai usahawan wanita menggunakan aset (emas) yang mereka ada untuk mendapatkan pembiayaan bagi meneruskan dan menceburi bidang perniagaan baharu.“

“Jadi ia (Ar-RahnuBizNita) datang pada masa yang sangat tepat sejajar dengan pakej lain yang disediakan YaPEIM antaranya bimbingan perniagaan, jalinan rangkaian dan pensijilan halal bagi memperkasakan lebih ramai usahawan wanita di luar sana,” katanya .

Di sini Portal Malaysia kongsikan serba sedikit tentang pembiayaan tersebut.

Baca Juga : Program Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan 2021

Apakah YAPEIM ArRahnu Biznita?


Berdasarkan data dari agensi pada tahun lalu, 64% daripada lebih 8,000 penggadai adalah dalam kalangan usahawan wanita dengan jumlah gadaian sebanyak RM100 juta.

Ini telah menjadi salah satu faktor yang lahirnya inisiatif Ar Rahnu Biznita bagi memudahkan golongan wanita mendapatkan pembiayaan yang cepat, mudah dan diyakini dalam masa 15 minit.

Berbanding jika kita membuat pembiayaan di institusi perbankan, mungkin ia akan mengambil masa yang agak lama, serta penyediaan dokumen yang sukar untuk melayakkan wanita mendapat pembiayaan tersebut.

Oleh itu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) menyasarkan lebih 2,500 usahawan wanita bakal menerima manfaat ini menerusi aktiviti pembiayaan Islam Ar-Rahnu BizNita berjumlah RM50 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021.

Ar Rahnu Biznita YaPEIM: Cara Mohon Modal Perniagaan Untuk Wanita 2

Kelebihan YaPEIM ArRahnu Biznita


Berikut merupakan kelebihannya:

  • Meningkatkan aksesibiliti bagi wanita kepada pembiayaan di bawah Program Mikro Kredit Ar Rahnu sebagai medium untuk mendapatkan modal bagi tujuan perniagaan terutama yang tidak mempunyai akses kepada pinjaman di institusi kewangan dengan menjadikan emas sebagai aset mudah cair.
  • Proses permohonan modal perniagaan ini adalah yang pantas, patuh syariah dan diyakini iaitu dalam masa 15 minit sahaja.
  • Margin pembiayaan sehingga 80% mengikut nilai emas.
  • Upah simpan hanya serendah 0.03 sen sehari.
  • Menggalakkan wanita menyimpan emas sebagai pelaburan alternatif untuk perniagaan.
  • Menggalakkan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan keluarga serta menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Baca Juga : Semak Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 2021

Syarat Permohonan


Syarat utama untuk membuat permohonan ini adalah:

  1. Dibuka bagi usahawan wanita sahaja
  2. Mempunyai barangan kemas/ Wafer/ Bar Emas YaPEIM Gold
  3. Mempunyai lesen Syarikat / Sijil SSM yang sah dan aktif atau surat sokongan.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON BIZNITA?

  • Para pelanggan wanita perlu menghadirkan diri ke cawangan Ar-Rahnu YaPEIM berdekatan.
  • Kemukakan barang kemas untuk membuat proses gadaian.
  • Serahkan dokumen pengenalan diri dan dokumen sokongan kepada staf cawangan Ar-Rahnu YaPEIM.
  • Sekiranya dokumen lengkap, Pelanggan layak untuk membuat transaksi gadaian di bawah Produk Ar-RahnuBiznita.

Maklumat lanjut


Sebarang info lanjut tentang program pembiayaan ini atau produk-produk YaPEIM yang lain, sila layari laman web https://www.arrahnuyapeim.net/


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3