Home » Permohonan » Ar Rahnu Biznita: Cara Mohon Modal Perniagaan Untuk Usahawan Wanita

Ar Rahnu Biznita: Cara Mohon Modal Perniagaan Untuk Usahawan Wanita

Ar Rahnu Biznita YaPEIM: Mohon Modal Perniagaan Untuk Usahawan Wanita 2021

Menerusi Belanjawan 2021 sperti diumumkan, ramai tidak perasan bahawa terdapat peruntukan khas untuk memperkasakan wanita dalam bidang perniagaan atau keusahawanan di bawah program pembiayaan Ar Rahnu Biznita Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM).

Ini adalah pertama kali YaPEIM disebut dalam Belanjawan Negara & program ini diharap dapat menjadi ‘batu loncatan’ kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan mereka di dalam masa yang sama membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kita, Seperti yang dikatakan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan.

“Kita lihat semasa situasi pandemik COVID-19, ramai usahawan wanita menggunakan aset (emas) yang mereka ada untuk mendapatkan pembiayaan bagi meneruskan dan menceburi bidang perniagaan baharu.“

Portal Malaysia ingin kongsikan maklumat lanjut tentang pembiayaan tersebut.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Warga Emas – RM500 Sebulan

Apakah YAPEIM ArRahnu Biznita?

Berdasarkan data yang baru dari agensi pada tahun lalu, 64% daripada lebih 8,000 penggadai adalah di dalam kalangan usahawan wanita dengan jumlah gadaian sebanyak RM100 juta.

Ini telah menjadi salah satu faktor yang lahirnya inisiatif Ar Rahnu Biznita bagi memudahkan golongan wanita mendapatkan pembiayaan yang cepat, mudah & diyakini dalam masa 15 minit.

Syarat Permohonan

Syarat utama untuk membuat permohonan ini adalah seperti berikut:

  1. Dibuka untuk wanita sahaja
  2. Harus mempunyai barangan kemas/ Wafer/ Bar Emas YaPEIM Gold
  3. Mempunyai lesen Syarikat / Sijil SSM yang sah & aktif ataupun surat sokongan.

Cara Permohonan

  1. Para pelanggan wanita perlu menghadirkan diri ke cawangan Ar-Rahnu YaPEIM yang berdekatan anda.
  2. Kemukakan barang kemas untuk membuat proses gadaian anda.
  3. Serahkan dokumen pengenalan diri anda& dokumen sokongan kepada staf cawangan Ar-Rahnu YaPEIM.
  4. Sekiranya dokumen anda lengkap, pelanggan layak untuk membuat transaksi gadaian di bawah Produk Ar-RahnuBiznita ini.

Baca Juga: SPPP SSM: Cara Pendaftaran Perniagaan Percuma B40 & Pelajar IPT

Kelebihan ArRahnu Biznita

Antara kelebihan adalah seperti dibawah:

  1. Meningkatkan aksesibiliti bagi wanita menerusi pembiayaan di bawah Program Mikro Kredit Ar Rahnu sebagai medium untuk mendapatkan modal.
  2. Proses permohonan modal perniagaan ini adalah yang pantas, patuh syariah & diyakini iaitu dalam masa 15 minit sahaja.
  3. Margin pembiayaan sehingga 80% mengikut nilai emas semasa.
  4. Upah simpan hanya serendah 0.03 sen sehari sahaja.
  5. Menggalakkan wanita menyimpan emas sebagai pelaburan alternatif untuk perniagaan mereka.

Maklumat lanjut

Info lanjut program pembiayaan ini atau produk-produk YaPEIM yang lain, boleh layari laman web https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/biznita dan https://www.arrahnuyapeim.net/

Penafian – Bahan yang admin kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Ar Rahnu Biznita: Cara Mohon Modal Perniagaan Untuk Usahawan Wanita” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!