Aprena Dan Oktovia Kini Berhijab. Apa kata Ayahnya?


Aprena Dan Oktovia Kini Berhijab. Syukur Alhamdulillah.

Penyanyi dangdut yang pernah popular pada satu ketika dahulu iaitu Iwan Syahman kini meluahkan rasa syukur kerana kedua anak perempuannya, pelakon Aprena dan Oktovia Manrose itu kini sudah berhijab dan menutup aurat dengan sempurna.


Iwan yang dari dulu menegaskan bahawa dia tidak pernah memaksa kedua anaknya itu untuk berhijab tetapi selalu menasihati mereka agar berubah ke arah lebih baik. Apabila berkesempatan, Iwan selalu berjumpa dengan anak-anak untuk tarbiah,

Sebagai bapa yang menyayangi dan mengasihi anak perempuannya, Iwan sangat bahagia apabila kedua anaknya memaklumkan mereka sudah menutup aurat. Iwan berharap agar mereka berubah kerana Allah dan semoga Istiqomah.

Iwan yang sudah berumah tangga sekali lagi berkata, dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya walaupun sudah mempunya keluarga baru.

Aprena dan Oktovia Manrose juga berharap ayahnya dan peminat mendokan agar mereka Istiqomah dalam menjalani kehidupan seharian sebagai anak yang baik dan menutup aurat dengan sempurna.

Penafian – Bahan artikel kami kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Aprena Dan Oktovia Kini Berhijab. Apa kata Ayahnya?” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.