Apa Salahnya Keluarkan Caruman KWSP Sekali Lagi?


Artikel ini ditulis oleh seorang rakyat Malaysia yang ingin meluahkan perasaan.

Saya antara penyumbang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menandatangani petisyen anjuran Pertubuhan Gagasan Rakyat (PGIR) bagi menuntut kerajaan membenarkan permohonan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

Kategori Caruman KWSP


Antara kategori terbabit ialah bekas pekerja yang kini suri rumah dan ibu tunggal tidak mempunyai pekerjaan, serta bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum, berhenti secara sukarela atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selain itu, pencarum berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) berumur 54 tahun ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada akaun.

Jumlah seperti yang dilaporkan ialah 226,996 orang iaitu jauh lebih kecil daripada jumlah keseluruhan pencarum KWSP.

Sudah tentu kita tahu baki wang kita dalam akaun sebelum membuat keputusan untuk menandatangani petisyen.

Join Group FB Kominiti
Pengeluaran KWSP 2.0
Di Sini

Diharap selepas ini tiada lagi fakta lapuk seperti peratusan ahli berbaki di bawah RM5,000 yang dibimbangi kerajaan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa faedah untuk penjawat awam. Alhamdulillah, dengan pengumuman tersebut, kami sebagai rakyat amat gembira dengan keprihatinan yang ditunjukkan.

Soalan saya, kenapa kerajaan sentiasa melihat dan mengambil berat apa sahaja yang dituntut oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)? Bagaimana dengan kita yang bukan penjawat awam?

Mohon Tuntutan Ini Dipandang Serius

Sehubungan itu, kami memohon agar tuntutan ini dipandang serius, mesti disegerakan dan prosesnya dilancarkan.

Hanya untuk 226,996 orang yang telah membuat tuntutan. Kami tidak meminta wang daripada kerajaan. Kami telah lama berhenti menyumbang. – UTUSAN

ZULKEFLI YAHAYA, Kuala Lumpur


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3