Senarai Kandungan
Lakukan Tips Ini Jika Kereta Anda Ditenggelami Banjir
Sekarang ini musim banjir akan melanda di negara kita. Baru-baru ini lebih 500 kenderaan di tengelami air dalam kejadian banjir kilat di Johor Bahru.Kalau kereta sudah dimasuki air sampai ke dalam ruang kabin, apa boleh buat. Terpaksalah pasrah dan berdoa. Namun, ada beberapa ikhtiar yang boleh dilakukan dengan harapan kereta kita masih dapat dipulihkan dan beroperasi seperti sedia kala.
Sumber: google image
Ini adalah tips yang perlu anda tahu bila kenderaan anda di tengelami banjir:
HUBUNGI SYARIKAT INSURANS ANDA
Perkara pertama harus dibuat, hubungi syarikat insurans. Ada insurans menawarkan perlindungan banjir dalam pakej komprehensif, tetapi ada yang mengenakan caj tambahan berasingan. Apapun, sila tanya pegawai khidmat pelanggan insurans anda.
JANGAN HIDUPKAN ENJIN KENDERAAN
Antara kesilapan besar dilakukan pemandu adalah cuba menghidupkan enjin dengan memulas kunci kereta sebaik saja selepas abnjir reda. Cubaan ini sebenarnya berisiko menyebabkan kerosakan lebih teruk yang menelan kos baik pulih lebih mahal. Ikut langkah-langkah betul di bawah.
SILA KENAL PASTI KEDALAMAN KERETA YANG TENGGELAM
Selepas banjir surut, lumpur dan selut akan mula meninggalkan garis air pada bahagian luaran dan dalaman kereta. Syarikat insurans akan menilai setiap tahap kerosakan yang berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta anda. Kos baik pulih akan lebih tinggi jika kereta anda ditenggelami air hingga melepasi aras papan pemuka. Jika air cuma naik terlalu tinggi melepas pintu, kereta anda biasanya masih selamat untuk dibaik pulih.
SILA PERIKSA MINYAK DAN PENAPIS UDARA
Jika ternampak titis air pada dipstik (atau tolok minyak) atau pun paras minyak enjin tinggi, atau terdapat air dalam penapis udara, jangan sesekali anda cuba untuk menghidupkan enjin. Terus sahaja tunda kereta ke bengkel untuk menyingkirkan air dan menukar minyak enjin, termasuk bendalir lain. Jika mahir, boleh cuba tukar minyak enjin dan penapis udara sendiri tetapi pastikan semua komponen enjin kering.
SILA PERIKSA SEMUA BENDALIR
Pada sistem bahan api iaitu model kereta baharu biasanya ditutup rapi, akan tetapi komponen itu pada model lama mungkin perlu dikeringkan. Brek, klac, stereng kuasa, dan tangki pendingin (coolant) perlu diperiksa supaya tiada pencemaran. Namun sekali lagi, tugas memeriksa ini sepatutnya akan dilakukan mekanik bertauliah. Lebih elok lagi jika kereta ditunda ke pusat servis rasmi untuk dilakukan diagnosis menyeluruh.
SILA PERIKSA SEMUA SISTEM ELEKTRIK
Kemudian pula, sila periksa semua sistem elektrikal. Pulas pada kunci pencucuh atau cara lain untuk menghidupkan kereta anda. Periksa kepada setiap komponen elektrik satu persatu daripada lampu depan, signal belok, penyaman udara, stereo, kunci kuasa, tingkap dan kerusi, dan lampu kabin. Jika anda perasan sebarang kekurangan seperti kelancaran enjin dan anjakan gear, itu mungkin menandakan berlaku masalah elektrikal. Segera hantar ke mekanik, dan ingat, kereta anda mungkin dilindungi insurans.
SILA PERIKSA RODA DAN TAYAR
Sebelum anda memandu, cari kesan lumpur dan selut yang mungkin terkumpul pada sekitar roda, brek, dan bawah kereta. Malah, kesan lumpur yang sudah mengeras, atau ranting kecil boleh menyebabkan kereta bergegar ketika memecut. Jika perlu, ambil penyembur bertekanan tinggi dan cucilah sekitar rim dengan berhati-hati.
SILA ANDA ISYTIHAR ‘TOTAL LOSS’ KALAU ANDA TIDAK BEGITU YAKIN MAMPU BAIK PULIH KERETA
Kereta yang ditenggelami banjir boleh mengalami masalah berbulan ataupun bertahun lama selepas kejadian. Jika yakin bengkel tidak dapat membaik pulih sebaiknya, mungkin boleh meminta syarikat insurans menimbang untuk mengisytiharkan kereta anda sebagai rugi penuh (total loss). Selain memerlukan kos baik pulih tersembunyi yang tinggi, pengisytiharan total loss mungkin dapat menyelamatkan anda daripada sakit kepala.
Semoga info dan tips ini memberi manfaat pada anda jika berlakunya masalah banjir di negara kita.
Related Posts
- King Hatchback Sememangnya Paling Padu
- Pemilihan Untuk Cat Yang Meteoroid Gray Dan Ignite Red Metallic Bagi Honda CR-V
- TCEC Bakal Bawa Masuk Kereta Elektrik Renault Zoe Ke Malaysia
- Kereta Toyota Dan Perodua Mempunyai Jumlah Tempahan Tertunggak Yang Tinggi.
- Kereta F1 Ferrari Dikesan Diatas Jalan Raya