Apa Kelebihan Kerja Kerajaan?


Setiap tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerim jutaan permohonan dari ramai orang untuk memohon pekerjaan di sektor perkhidmatan awam. Sektor ini merupakan tulang belakang untuk melaksanakan dasar kerajaan.

Untuk makluman anda kerajaan memperpekenalkan pelbagai kemudahan dan insentif dalam memastikan penjawat awam sentiasa diutamakan. Baca perkongsian di bawah untuk mengetahui kelebihan yang diperolehi jika menjadi sebagai penjawat awam :

Senarai Kelebihan Kerja Kerajaan

Gaya hidup penjawat awam kini berubah dengan pantas jika diamati kelebihannya dan disebabkan kelebihan ini adalah sebab mengapa ramai orang memohon jawatan kosong di sektor awam. Dibawah ialah senarai kelebihan menjadi penjawat awam :

🏠Elaun Perumahan
Penjawat Awam akan mendapat elaun perumahan pada setiap bulan

💡Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
Satu Imbuhan Khas disediakan untuk penjawat awam dan ia adalah satu penghargaan buat mereka berkhidmat untuk negara

🤰Cuti Bersalin
Cuti bersalin selama 2 bulan diberikan dan gaji masih diberikan semasa cuti bersalin.

🧓Bersara pada Umur 58-60 Tahun (pilihan)
Perkhidmatan diberikan begitu lama dan tetap.

👨‍💻Peluang Berkhusus Dari Semasa Ke Semasa
Pada setiap bulan akan dihantar ke kursus supaya anda mempunyai ilmu pengetahuan dan dipelajari secara percuma. Kerana kursus tersebut dekat 4 angka perlu dibayar setahun.

💰Kenaikan Gaji Setiap Tahun
Sudah pasti ada kenaikan gaji setiap tahun jika anda berkhidmat untuk kerajaan. Semakin lama berkhidmat, semakin tinggi gaji dinaikkan.

📚Peluang Melanjutkan Pelajaran
Anda juga mempunyai peluang melanjutkan pelajaran dan peluang tajaan akan diberikan untuk menyambung pelajaran.

💸Cost Of Living Allowance (COLA)
COLA ini akan dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja. Contohnya, jika bekerja di bandar raya, kos sara hidup agak tinggi.

💻Pinjaman Komputer dan Kenderaan
Anda boleh mendapatkan pinjaman komputer mahupun kenderaan jika anda mahu.

🏘Pinjaman Perumahan
Ia merupakan aset terbesar dalam kehidupan. Anda boleh buat pinjaman dalam masa singkat untuk membeli rumah yang anda impikan.

📈Peluang Kenaikan Pangkat
Naik pangkat juga akan menaikkan gaji anda dari peringkat sebelum ini.

🕓Lebih Masa Diluangkan Bersama Keluarga
Anda akan mempunyai banyak masa untuk diluang bersama keluarga berbanding sebelum ini kerana berkhidmat di sektor awam lebih menjaga kebajikan pekerja

🔔Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan
Cuti diberikan adalah minimum 14 hari bagi pekerja am. Jika berjawatan profesional, cuti tahunan adalah sebanyak 25 hari. Dan ia belum termasuk kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat

☑️Caruman KWSP atau Pencen
Anda boleh membuat pilihan sama ada mahukan KWSP atau pencen. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri untuk masa hadapan

Di atas ialah senarai kelabihan penjawat jawatan di sektor awam dan terlalu banyak kelebihan yang diberikan. Oleh itu, ramai persaingan yang ingin masuk kerja di sektor awam ini dan ianya agak sengit.


Untuk pengetahuan anda, lebih sejuta permohonan setiap tahun bagi untuk merebut jawatan kosong di sektor awam ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk berusaha agar layak memasuki dan bekerja di sektor awam ini.

Disclaimers – Semua artikel kami share diatas sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Apa Kelebihan Kerja Kerajaan?” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia