Hari ini kami kongsikan sedikit maklumat berkenaan Black Friday dimana ia merupakan hari istimewa di Amerika Syarikat menjelang hari perayaan iaitu Krismas. Baca perkongsian di bawah mengenai Black Friday :
Apa Itu Black Friday?
🎁Black Friday merupakan nama tidak rasmi untuk hari Jumaat selepas Hari Kesyukuran (Thanksgiving Day) di Amerika Syarikat yang disambut pada hari Khamis keempat bulan November.
🎁Sehari selepas Thanksgiving Day telah dianggap musim perbelanjaan Krismas Amerika Syarikat sejak tahun 1952. Istilah “Black Friday” tidak digunakan secara meluas sehingga beberapa dekad lalu.
🎁Banyak kedai menawarkan penjualan yang dipromosikan pada Black Friday dan kedai-kedai dibuka seawal 12 tgh mlm atau mungkin memulakan penjualan mereka pada satu masa di Hari Kesyukuran (Thanksgiving Day).
🎁Black Friday tidak termasuk dalam hari cuti rasmi, tetapi di California dan beberapa negeri lain memperingati “The Day After Thanksgiving” sebagai cuti untuk kakitangan kerajaan.
Sejarah Ringkas Black Friday
📜Bukti awal frasa Black Friday berasal dari Philadelphia, dimana ia digunakan oleh polis untuk menggambarkan lalu lintas pejalan kaki dan kenderaan berat yang akan berlaku pada hari selepas Thanksgiving Day. Kesesakan berlaku di bandar-bandar dan ramai orang di jalanan. Oleh itu, akan ada kekecohan atau kemalangan yang berlaku pada hari tersebut. Jadi ia digelar Black Friday.
📜Teori seterusnya adalah disebabkan banyak peruncit akan menulis dan merekod untung paling tinggi mereka pada Black Friday. Peruncit-peruncit ini akan merekod keuntungan mereka dengan warna yang berbeza berdasarkan hasil jualan dimana mereka akan merekod hasil jualan mereka dengan warna merah yang bermaksud rugi, manakala mereka akan merekod menggunakan warna hitam yang mengambarkan keuntungan. Dengan cara mereka merekod ini, nama Black Friday terhasil dimana ia menunjukkan keuntungan di Hari Jumaat.
Tarikh Black Friday 2020
📅Pada setiap tahun, tarikh Black Friday akan bertukar. Dan pada tahun 2020, tarikh Black Friday jatuh pada 27 November.