Home » Pendidikan » Apa Itu B40 M40 T20

Apa Itu B40 M40 T20

Pendapatan isi rumah rakyat Malaysia mempunyai kategorinya tersendiri berdasarkan pendapatan yang diperolehi. Terdapat beberapa kumpulan untuk setiap kategori pendapatan isi rumah sama ada ia dari kategori isi rumah B40, M40 atau T20 dan ia mempunyai kadar lingkungan pendapatan tersendiri.

Pasti masih ramai lagi yang masih lagi tidak tahu atau tercari-cari mengenai makna B40, M40 dan T40 yang kini menjadi lambakan artikel yang tular di media sosial mengenainya oleh kerana kelayakan pendapatan untuk membuat pelbagai permohonan seperti bantuan kerajaan. Tapi apakah anda benar-benar faham mengenai maksudnya?

Hal ini juga penting terutama anda yang ingin memohon bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan JKM dan sebagainya.

Maksud B40, M40 dan T20

Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalan kaji selidik kaji selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas dan telah mengelaskan pendapatan isi rumah kepada tiga kumpulan iaitu B40, M40 dan T20. Dibawah setiap kumpulan tersebut mempunyai kategori tersendiri seperti :

B40

B40 bermaksud isi rumah yang memperolehi pendapatan 40 peratus terendah dari jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (Bottom 40 atau B40).

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah di mana merujuk kepada pendapatan di bawah RM 4,8490.

Walaubagaimanapun, B40 ini mempunyai beberapa kategori serta lingkungan minimum maksimum pendapatan bagi setiap kategori seperti :

💰Kategori B1 ialah kumpulan isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,500

💰Kategori B2 ialah kumpulan isi rumah yang berpendapatan dari Rm2,501 hingga RM3,169

💰Kategori B3 ialah kumpulan isi rumah yang berpendapatan dari RM3,170 hingga RM3,969

💰Kategori B4 ialah kumpulan isi rumah yang berpendapatan dari RM3,970 hingga RM4,849

Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu menangani kemiskinan dan ketidakseimbangan sosioekonomi. Pelbagai program dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan B40 tanpa mengira jantina, agama dan bangsa.

M40

M40 bermaksud isi rumah yang memperolehi pendapatan 41 peratus –80 peratus dari jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (Middle 40 atau M40).

Kumpulan isi rumah yang berpendapatan 40% pertengahan dimana merujuk kepada pendapatan isi rumah diantara RM4,850 hingga RM 10,959

Walaubagaimanapun, M40 ini mempunyai beberapa kumpulan serta lingkungan minimum maksimum pendapatan bagi setiap kumpulan seperti :

💰Kategori M1 ialah kumpulan isi rumah yang berpendapatan antara RM4,850 hingga RM5,879

💰Kategori M2 ialah kumpulan isi rumah yang berpendapatan dari RM5,880 hingga RM7,099

💰Kategori M3 ialah kumpulan isi rumah yang berpendapatan dari RM7,110 hingga RM8,699

💰Kategori M4 ialah kumpulan isi rumah yang berpendapatan dari RM8,700 hingga RM10,959

Golongan ini merupakan pemacu kepada ekonomi, tunjang kepada perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta di Malaysia dan merupakan golongan yang kritikal untuk sumber manusia,pelaburan dan keusahawanan.

T20

T20 bermaksud isi rumah yang memperolehi pendapatan 20 peratus tertinggi daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (Top 20 atau T20) .

Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi di mana pendapatan isi rumahnya melebihi RM 10,961 dan ke atas.

Walaubagaimanapun, T20 ini mempunyai beberapa kumpulan serta lingkungan minimum maksimum pendapatan bagi setiap kumpulan seperti :

💰Kategori T1 ialah kumpulan isi rumah yang berpendapatan antara RM10,961 hingga RM15,039

💰Kategori T2 ialah kumpulan isi rumah yang berpendapatan RM15,040 dan ke atas

Golongan ini merupakan penggerak ekonomi dan merupakan majikan kepada kumpulan M40 dan B40.

 

Berdasarkan penjelasan pengkelasan ini ia dapat membantu dalam melaksanakan perancangan, pemantauan dan program untuk  mendekatkan jurang pendapatan isi rumah. Diharapkan artikel ini membuatkan anda kini boleh memahami mengenai maksud gologan/kumpulan B40, M40 dan T20 yang selama ini menjadi pertanyaan di fikiran anda.

Disclaimers – Bahan yang kami share dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Apa Itu B40 M40 T20” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!