Autolife Insurance merupakan insurans hayat yang di bayar secara one time fee jika berlaku perkara yang tak diingini atau menghadapi kemalangan seperti pemegang polisi (pemilik kereta) mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
Kemudian melalui Autolife Insurance ini, kereta tersebut akan jadi percuma untuk waris mangsa dan waris tidak perlu membayar sewa kereta secara bulanan. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci tentang Autolife Insurance ini :
Tujuan Autolife Insurance
Autolife Insurance ini mempunyai tujuannya tersendiri jika anda membayar insurans ini sewaktu membeli kereta tersebut :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
🎯Insurans khas bagi melindungi pemegang polisi (pemilik kenderaan) jika berlaku kematian
🎯Menanggung hutang kereta selebihnya tanpa membebankan ahli keluarga pemilik kenderaan
Autolife untuk Kereta
🔔Autolife untuk kereta ini adalah insurans bagi membantu keluarga si mati yang membabitkan pembiayaan kereta. Jika anda mengambil autolife insurance ini, ia dapat mengelakkan waris si mati memikirkan atau risau tentang pembayaran pinjaman yang telah dibuat si mati untuk kenderaan sebelum ini.
🔔Autolife kereta ini hanya perlu dibayar secara one time fee sahaja dan jika pemilik kenderaan tersebut meninggal, kereta tersebut akan menjadi percuma kepada waris si mati.
🔔Contohnya, jika anda membeli sebuah kenderaan yang bernilai sekitar RM90,000 dan auto life insurance untuk kereta tersebut adalah sekitar RM480, menurut sebuah perkongsian dari seseorang di Twitter.
🔔Tetapi harga Autolife Insurance ini bergantung kepada umur, baki loan dan juga tempoh masa loan tersebut, ia diabayar sekali sahaja dalam RM250 jika berusia 20an dan pihak bank akan membuat pengiraan, ia dipanggil ‘Single Premium Payment’.
🔔Ia tidak akan memberi manfaat kepada pemilik kenderaan tetapi ia dapat meringankan beban waris pemilik kenderaan jika berlaku kematian.
Cara Nak Mohon Untuk Autolife Kereta
📌Untuk mengelakkan ahli keluarga atau waris anda menanggung beban hutang ini sekiranya ada sesuatu yang berlaku pada kemudian hari, anda perlu semak sama ada anda telah melanggan Auolife Insurance ini atau anda ingin melanggan insurans hayat ini.
📌Jadi bagaimana untuk membeli Autolife Insurance ni? Untuk makluman anda, kebanyakan bank yang pemegang polisi yang membuat loan sewa-beli mempunyai syarat dan terma masing-masing.
📌Jadi anda perlu ke tempat bank atu membuat panggilan ke pihak bank yang anda buat pinjaman kereta tersebut ataupun anda boleh ambil dari syarikat yang menjual insurans dan tanya mengenai Autolife Insurance kereta ini.
MRTA/MLTA Untuk Rumah
📜Untuk pengetahun anda Autolife Insurance untuk rumah ini juga dikenali sebagai MRTA-Mortgage Reduce yang bertujuan untuk memudahkan pinjamannya sekiraanya perkara yang tidak diingini berlaku.
📜MRTA ini adalah dimana jumlah yang perlu dibayar adalah sekali sahaja dan bayaran penuh. Tetapi ia berkurangan setiap tahun mengikut jumlah pinjaman. Contohnya, terms rumah tersebut 30 tahun tetapi pemilik rumah sudah membayar 25tahun dan kemudian berlaku kematian terhadap pemilik rumah, dan MRTA akan membayar baki pinjaman sahaja.
📜Selain itu, terdapat juga MLTA-Mortgage Level dimana bayarannya adalah secara bulanan ataupun tahunan dan harganya lebih mahal sedikit mengikut jumlah keseluruhan. Contohnya terms rumah adalah 30 tahun dan pemilik rumah sudah bayar 25 tahun dan pemilik rumah tersebut meninggal dan MLTA ini akan membuat bayaran semua jumlah yang diinsurankan. Pewaris akan daoat cash value dan rumah percuma jika si mati sudah membuat bayar/cover duit rumah tersebut dengan jumlah tertentu.
Cara Nak Mohon MRTA/MLTA Untuk Rumah
📝Memandangkan pakej MLTA ini ada dalam tawaran Takaful, mereka mengalakkan pembeli rumah mengambil bersama Takaful kerana anda boleh membuat caruman Takaful sendiri tanpa mengambil insurans rumah dari bank. Maka ia akan jadi lebih murah dan jumlah yang akan diinsurankan adalah sama.
📝Bagi anda yang membeli kenderaan atau rumah, anda boleh cuba untuk melanggan Autolife Insurance mahupun MRTA/MLTA kerana kita tidak akan dapat jangkakan bila perkara yang tidak diingini berlaku dan pada waktu yang sama ia dapat meringkan beban pewaris dan orang terdekat kita terhadap pembiayaan yang telah kita buat sebelum ini. Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk anda.
Ini hanyalah penulisan mengikut kefahaman admin sahaja. sebarang cadangan, perubahan atau penambahbaikan berkaitan tajuk ini boleh email di [email protected], kami akan beri kredit kepada anda jika anda anda anda anda nak berkongsi hasil penulisan anda.