Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Apa Itu 1GovUC

by portalmalaysia
November 12, 2020
in Portal Rasmi
A A

MyGovUC  atau 1GovUC merupakan sebuah komunikasi bersepadu  Kerajaan yang merangkumi pelbagai perkhidmatan  atas talian yang diuruskan secara berpusat bagi sektor awam.

MyGovUC ini dijamin selamat untuk digunakan yang mana ia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dan ia dapat memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan yang disediakan dalam satu pusat. Baca perkongsian di bawah mengenai MyGovUC :

Senarai Kandungan

  • Apa Itu 1GovUC
  • Mengapa MyGovUC Dilaksanakan
  • Perkhidmatan 1GovUC
  • Manfaat MyGovUC
  • Pelaksanaan MyGovUC
  • Cara Login SSO 1GovUC
  • Senarai Kementerian Yang Telah Menyertai MyGovUC

Apa Itu 1GovUC


MyGovUC merupakan perkhidmtan komunikasi dan kolaborasi bersepadu, ia juga dikenali sebagai 1GovUC sebelum ini tetapi sudah ditukar nama kepada MyGovUC. Walaubagaimanapun, MyGovUC masih menggunakan URL dari 1GovUC.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Mengenai MyGovUC adalah merupakan  perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti. Selain itu, perkhidmatan ini turut menyediakan kemudahan perkongsian maklumat melalui Portal Kolaboratif dan portal maklumat awam melalui Portal MyGovUC.

Lihat Juga  Daftar SSM Percuma - B40 & Pelajar

Mengapa MyGovUC Dilaksanakan


Melalui tawaran oleh MyGovUC dimana komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif yang mana semua sektor awam di Malaysia boleh berhubung dan menjayakan sesuatu projek melalui sistem komunikasi. Oleh itu, MYGovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos.

Jaminan Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan MyGovUC adalah 99.5 peratus untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) MyGovUC di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya dan Cyberjaya.

Apa Itu 1GovUC 1

Perkhidmatan 1GovUC


Berikut ialah perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyGovUC kepada para pengguna :

  • E-mel

Merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik.

  • Komunikasi Bersepadu (UC)

Mebolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung melalui teks, panggilan suara, panggilan video dan perkongsian fail atas talian.

  • Portal dan Media Sosial

Terdiri dari Portal MyGovUC, Portal Kolabpratif serta IPMS.

  • Perkhidmatan Nilai Tambah

MyGovUC menyediakan perkhidmatan Nilai Tambah seperti Pengarkiban E-mel, Big Mail Transfer (BMT), ADRMS, Perkhidmatan E-mel Relay (SMTP) serta Perlindungan Keselamatan E-mel.

Lihat Juga  Bantuan Kanak-kanak JKM - Maksimum RM1,000 Untuk Setiap Keluarga Sebulan

Manfaat MyGovUC


Terdapat 6 manfaat yang boleh didapati melalui perkhidmatan MyGovUC ini seperti berikut :

  • MyGovUC merupakan perkhidmatan yang dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan dan ia dijamin selamat untuk digunakan.
  • MyGovUC adalah sebahagian daripada perkhidmatan sistem cloud kerajaan yang diletakkan di dalam Pusat Data Sektor Awam yang menggunakan perkhidmatan rangkaian MyGov*Net
  • Penggunaan anti-spam dan antivirus dilaksanakan untuk menapis kandungan e-mel dan menangkis virus serta kod perosak
  • Penjimatan kos pengurusan ICT
  • Penerapan inisiatif teknologi hijau
  • Peningkatan kecekapan urusan komunikasi

Pelaksanaan MyGovUC


Berikut ialah beberapa senarai pelaksanaan projek yang digunapakai di bawah MyGovUC :

  • Secara Managed Services oleh Pembekal Perkhidmatan
  • Menggunakan Infrastruktur Pusat Data Sektor Awam di MAMPU
  • Di dalam Rangkaian Kerajaan Yang Selamat
  • Perkhidmatan Meja bantuan 24 x 7
  • Sentiasa Berada di Tahap Kebolehsediaan Yang Tinggi
  • Pay Per User

Cara Login SSO 1GovUC


Berikut ialah langkah untuk mengakses SSO 1GovUC :

Langkah 1 : Sila layari ke laman web http://www.1govuc.gov.my/

Langkah 2 : Klik pada butang “Login SSO”

Lihat Juga  ePerolehan Login, Pendaftaran Dan Semak Tender 2021

Apa Itu 1GovUC 2

Langkah 3 : Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan

Langkah 4 : Klik sahaja pada servis yang hendak dicapai tanpa perlu memasukkan semula ID dan katalaluan MyGovUC.

Apa Itu 1GovUC 3

Senarai Kementerian Yang Telah Menyertai MyGovUC


Berikut ialah senarai agensi atau kementerian yang telah menyertai MyGovUC :

  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Kewangan Malaysia
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kementerian Air, Tanah & Sumber Asli
  • Kementerian Pengangkutan
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
  • Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Kementerian Industri Utama
  • Kementerian Sumber Manusia
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  • Kementerian Luar Negeri
  • Kementerian Dalam Negeri
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna
  • Kementerian Wilayah Perseketuan
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Kementerian Kerja Raya
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
  • Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Kementerian Pembangunan Usahawan

Di atas ialah perkongsian tentang 1GovUC iaitu sebuah komunikasi bersepadu  Kerajaan yang merangkumi pelbagai perkhidmatan  atas talian yang diuruskan secara berpusat bagi sektor awam. Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut anda boleh layari ke laman web rasmi http://www.1govuc.gov.my/

Sumber : http://www.1govuc.gov.my/

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola Sepak
  • Tempat Menarik
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 11shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 11shares
  • 7
  • 3
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×