Anzalna Ganti Arwah Siti Sarah Buat Ramai Sebak Dan Menangis.


Kini sudah diumumkan jawapan kepada Teki-teki mengenai pengganti Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai wajah tudung di bawah legasi milik arwah terjawab apabila pelakon, Anzalna Nasir telah menjadi pilihan team Loveta.

Yang mana keputusan itu telah diumumkan oleh Anzalna sendiri menerusi hantaran di Instagram miliknya. Melalui video yang telah dikongsikan, Anzalna kelihatan tidak dapat menahan air mata ketika sesi penggambaran. Lebih sebak, ibu tiri Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi dan anak perempuan Allahyarham, Talita turut mengalirkan air mata kerana ikut merasa sedih dan terharu.

Talita yang berada ditempat kejadian pada mulanya masih gigih menjalani pergambaran dengan tenang namun sikap Anzalna telah membuatkan hatinya yang lembut itu merasa sebak dan mencebikkan muka kerana mungkin cuba menahan tangisan dari hatinya yang paling dalam.

Semestinya merindui susuk ibu yang sangat dicintainya membuat TAlita lebih tabah dalam mengharungi segala dugaan hidup ini .Dia yang ditemani neneknya juga tidak dapat menahan tangisan semasa penggambaran dijalankan nAmun peminat dan netizen yakin Talita adalah anak yang memahami dan sangat disayangi oleh keluaraga dan juga orang ramai.

Anzalna mengakui bahawa pada awalnya dia berbelah bahagi untuk bekerjasama kerana jenama tersebut sudah sinonim dengan nama dan wajah Allahyarham namun setelah diperbincangkan dengan suami dan mengambil kira tentang segala aspek makan Anzalna telah mengambil keputusan menerima tawaran tersebut.

Anzalna menjelasakan yang dia senang dengan tudung yang diperagakan kerana ianya sangat selesa  diperbuat daripada material yang bagus , design menarik sertan sangat mudah disarung , malah merasa bersyukur kerana sudah menjadi sebahagian daripada team Lovita.

Mencuba melakukan yang terbaik kerana menunaikan permintaan arwah Siti Sarah yang ingin meneruskan legasi Loveta dan dalam masa yang sama dapat membantu dan membuka peluang pekerjaan kepada team Loveta menyara keluarga.

Anzalna sangat bersyukur kerana sejak dia bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara namun @lovetahq menjadi pilihan utama Anzalna.

“Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna.

“Masa team @lovetahq mesej dan tanya untuk kerjasama ni, Anzalna macam berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dah sinonim dengan nama arwah Siti Sarah. Banyak kali Anzalna tanya pendapat suami,” tulisnya.

Dalam pada itu , Anzalna sempat memohon maaf kerana mengambil masa yang lama semasa penggambaran dijalankan dan mudah merasa sebak malah menitiskan air mata semasa penggambaran dijalankan.

Mengakui bahawa sesi penggambaran kali ini adalah sangat mencabar dan juga mengambil masa yang lama walaupun Alzalna terkenal sebagai model banyak produk kecantikan namun kali ini hatinya begitu sebak kerana terlalu merindui arwah yang sangat baik orangnya.

“Ini shoot yang sangat menyentuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu beremosi. Anzalna sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah,” tulisnya.

Menerusi posting tersebut , ramai peminat memberi komen dengan berkongsi rasa sedih dan terharu melihat video tersebut .


Kisah ini memang tidak berkesudahan kerana sosok arwah Siti SArah sangat disenangi dan juga disayangi oleh ramai orang , walaupun tidak mengenali terlalu dekat namun tetap membuatkan orang ramai menangis apabila mengenangkannya.

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Anzalna Ganti Arwah Siti Sarah Buat Ramai Sebak Dan Menangis.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia