Anis Nabilah Ingin Memasak Hidangan Istimewa Untuk Queen Elizabeth II


Baru-baru ini, CEF selebriti, Anis Nabilah menyatakan hasratnya untuk menyediakan masakan kepada Ratu Elizabeth II jika diberi peluang.

Anis Nabilah mahu masak rendang untuk Queen Elizabeth II.

Baca juga:

Bercita-Cita Memasak Di Dapur Istana Buckingham:

Menurut Anis, dia berhasrat untuk memasak di dapur Istana Buckingham dan menyediakan masakan kepada Ratu Elizabeth II.

Ia adalah satu cabaran kerana baginda tidak menggemari bawang putih dan itu pula merupakan bahan kegemaran Anis dalam masakannya.

Menurut Anis lagi, jika dia perlu memasak, menu masakan melayu yang akan dimasak adalah rendang, masak lemak atau asam laksa kerana tidak menggunakan bawang putih.

Mempunyai Perancangan Besar:

Bercakap soal kariernya dengan lebih lanjut, tentu sahaja Anis turut mempunyai perancangan yang besar dalam kerjaya yang diceburi ini.

Pada April lalu, Anis pernah dinobatkan Asean’s Most Influential Chef pada Asean Food & Travel Awards 2022.

Anis juga sekali lagi diiktiraf di luar negara apabila memenangi dua anugerah di The Gourmand Awards: World Cookbook Awards 2021 di Umea, Sweden.

Baru-baru ini ,Anis dicalonkan untuk satu kategori iaitu Books by Celebrity Chef untuk buku resipi saya, iaitu Comfort Food by Anis Nabilah for Thermomix.i

Anis bersyukur apabila diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam kategori itu.

“Pada masa yang sama, saya dimaklumkan tentang satu lagi kemenangan dalam kategori Best Food Show di Asia Tenggara.

 

Sumber: UTAMA DAILY

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah tutorial dan rujukan yang related dengan “Anis Nabilah Ingin Memasak Hidangan Istimewa Untuk Queen Elizabeth II” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.