Rekod kes kematian akibat kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 52 peratus tahun ini dan angka itu amat cukup membimbangkan serta ia perlu dipandang serius pihak berkuasa. Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) iaitu Datuk Mohammad Hisham Shafie berkata, data peningkatan itu juga perlu dipandang serius bukan saja oleh agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah pengguna jalan raya.
Disampung itu menurutnya juga, rekod statistik dari Januari hingga September menunjukkan peningkatan 52 peratus berbanding tahun lalu dan tidak mustahil jumlah kematian dijangka naik dengan mendadak. Pelbagai faktor mungkin boleh dikaitkan kenapa perkara ini berbanding tahun sebelum ini.Sewaktu Covid-19 melanda negara kita, banyak pengguna jalan raya kurang dan tidak dapat ke destinasi seperti pulang ke kampung halaman dan bercuti.
Namun beliau berkata, bahawa peningkatan kenderaan keluar pada hujung minggu amat ketara di semua lebuh raya terutama sewaktu cuti perayaan dan cuti umum bersambung pada hujung minggu selepas tiada lagi sekatan. Sikap pengguna memainkan peranan penting kerana mereka berada di jalan raya dan berkongsi dengan pengguna lain. Sikap tidak menghormati undang-undang serta ego semasa memandu antara punca kemalangan itu berlaku.
Gambar sekadar hiasan
Mohammad Hisham juga berkata, bahawa penguatkuasaan juga perlu dipertingkatkan dan tindakan tegas mesti diambil jika mendapati pemandu melakukan kesalahan. Ia cukup dilihat kematian akibat kemalangan jalan raya ini sudah menjadi satu bencana yang amat buruk di Malaysia. Kemalangan jalan raya antara cabaran sukar yang perlu ditangani. Rekod menunjukkan purata 17 kematian saban hari dengan kebanyakannya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Negara kita juga pernah mencatatkan satu kematian akibat nahas jalan raya bagi setiap 84 minit dan mungkin data peningkatan pada waktu sekarang berubah serta menjadi bertambah buruk,” katanya.
Namun katanya juga, kajian pakar juga telah menunjukkan sebanyak 80 peratus kemalangan disebabkan oleh sikap manusia dan ia termasuk mentaliti menganggap mereka ‘kebal’ iaitu antara kesilapan besar yang sering dilakukan oleh pemandu. sebelum ini melaporkan sebanyak 402,626 kemalangan jalan raya dengan 4,379 kematian direkodkan bagi tempoh Januari hingga September lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim dilaporkan berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 147,094 kes berbanding 255,532 kemalangan jalan raya dengan 3,324 kematian direkodkan bagi tempoh sama pada tahun lalu.