Angel Di Maria Umum Persaraan Beliau Di Pentas Antrabangsa!


Terima Kasih Semua Yang Menyokong Saya! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Pemain prolifik, Angel Di Maria yang berusia 34 tahun mengumumkan bahawa akan bersara dari pentas antarabangsa bersama Argentina selepas Piala Dunia. Beliau mengumumkan persaraan itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Angel Di Maria Umum Persaraan Beliau Di Pentas Antrabangsa! 2

“Saya ingin mengucapkan terima kasih terhadap sokongan yang saya terima selama ini. Saya selalu mengimpikan tentang semua impian saya pada malam yang indah ini. Namun, ini adalah hari dan perlawanan terakhir saya memakai jersi Argentina. Dengan menyatakan ia adalah malam yang indah sangatlah sesuai. Terima kasih, terima kasih dan ribuan terima kasih saya ucapkan. Sekarang, saya ingin ucapkan tahniah kepada seluruh pasukan atas permainan yang mengagumkan yang dimainkan. Terus berkembang dan bermimpi, ayuh Argentina!” kata Di Maria di instgram.

Angel Di Maria Umum Persaraan Beliau Di Pentas Antrabangsa! 3

Angel Di Maria diturunkan pada pertembungan menentang Venezuela malam tadi berkesudahan dengan kemenangan milik Argentina dengan skor 3-0. Penampilan Di Maria merupakan penampilan ke 120 untuk Argentina. Pemain sayap Paris Saint Germain itu merupakan pemain penting Argentina pada era Lionel Messi di mana dalam perlawanan itu beliau menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi kemenangan selesa buat pasukannya, menjadikan jumlah golnya sehingga 23 gol.

Angel Di Maria Umum Persaraan Beliau Di Pentas Antrabangsa! 4

Di Maria membuat penampilan pertama bersama Argentina pada September 2008 dan merupakan pemain penting dalam kempen Piala Dunia mereka dua tahun kemudian dimana berjaya mara sehingga ke suku akhir. Beliau juga menjadi wira Argentina apabila menjadi satu satunya pemain menjaringkan gol menewaskan Brazil dalam perlawanan akhir Copa America tahun lepas.

Perlawanan itu adalah trofi tunggal Di Maria juarai bersama skuad kebangsaan Argentina. Penampilan di Piala Dunia Qatar 2022 akan menjadi penampilan ke empat beliau di dalam kejohanan berprestij itu.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3