Anak OKU Sebenarnya Boleh Mohon Road Tax Secara Percuma! Jom Kita Semak cara-caranya


Mesti ada yang ramai yang tidak tahu yang sebenarnya caj cukai jalan (road tax) adalah percuma untuk ibu bapa yang mempunyai anak berstatus orang kelainan upaya iaitu (OKU). Sebenarnya bukan untuk OKU sahaja yang layak memohon, ibu atau bapa atau penjaga pun layak untuk memohon, dengan syarat waris yang telah didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mestilah nama pemilik kenderaan.

Jom sama-sama kita semak dan cara-caranya untuk mohon Road Tax secara percuma:

Anak OKU Sebenarnya Boleh Mohon Road Tax Secara Percuma! Jom Kita Semak cara-caranya 2

Sumber: google image

 

 

Ini adalah berikut dokumen yang harus dibawa, termasuk dokumen asal dan salinan:


1. Kad OKU

2. Kad pengenalan OKU

3. Kad pengenalan waris

4. Lesen waris

5. Geran kenderaan

6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ

Syarat untuk permohonan:

1. Mempunyai lesen memandu

2. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja

3. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.

Permohonan yang di buat hanya sekali sahaja boleh digunakan. Sebagai contohnya, sekiranya individu OKU sendiri memohon untuk dirinya, maka waris dikira tidak berkelayakan. Untuk makluman anda semua, caj percuma hanya untuk road taxs ahaja. Insuran tetap perlu dan harus dibayar! Semoga info ini memberi manfaat pada anda semua.

 

 

 

 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3