Anak Bergaduh Bapa Masuk Campur

Sebuah kejadian yang sepatutnya tidak terjadi diantara bapa dan rakan anaknya telah terjadi dimana seorang bapa telah mencederakan seorang Kanak-Kanak tahun 3. Kejadian tersebut telah berlaku di luar pagar sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian berlaku jam 1 petang itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan rakannya.

Anak Bergaduh Bapa Masuk Campur 2

“Sebelum kejadian, mangsa telah bermain sebelum bergaduh dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah. Mangsa dikatakan telah menampar rakan sekelasnya itu.

“Apabila bapa rakannya datang, rakan mangsa telah mengadu dia ditampar oleh mangsa.

“Lelaki berkenaan kemudian dipercayai bertindak mencekik dan mengangkat mangsa sebelum menghempas ke bawah menyebabkan kepala mangsa mengalami luka kecil dipercayai terkena batu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Anak Bergaduh Bapa Masuk Campur 3

Abdul Rahim berkata, pihak sekolah telah menghubungi bapa mangsa untuk memaklumkan kejadian itu dan bapa murid berkenaan telah datang mengambil anaknya di sekolah sebelum membuat laporan polis.

Anak Bergaduh Bapa Masuk Campur 4

 

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

“Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan,” katanya.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3