Pelakon , pelawak dan penulis lirik terkenal tanah air , Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman disahkan meninggal dunia kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan pada hari ini .
Sebelum ini , beliau dikatakan mempunyai masalah kesihatan yang tahap penggunaan jantungnya dilaporkan hanya tinggal 10 peratus sahaja namun masih mampu bertahan dan mengakui senang tinggal bersama keluarga berbanding di hospital.
Arwah Bob ketika itu dikatakan bergantung kepada alat bantuan jantung iaitu Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) bagi membantu dirinya.
Sakit
Malah beliau juga pernah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah akibat masalah jantung dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ([email protected]) di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang.
Perkara ini telah disahkan oleh anak lelakinya , Ahmad Sufian yang berkongsi tentang pemergian ayah tercinta kepada media dan orang ramai .
Anak lelakinya mengatakan bahawa arwah ayahnya itu mengalami sesak nafas sejak hari semalam sebelum menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka sekitar pukul 2 petang tadi , jumaat , 23/90/2022.
Anaknya juga memberitahu bahawa jenazahnya dijangka akan dikebumikan selepas solat Isyak pada hari ini kerana memberi peluang kepada ahli keluarga untuk melihat jenazah buat kali terakhir.
“Semasa arwah ayah sesak nafas, abang dan ibu tiri saya berada di sisinya. Namun tidak lama kemudian ketika ahli keluarga berehat mereka dikejutkan dengan kematian arwah,” ceritanya .
BACA INI : Riena Diana Dikecam Netizen Selepas Dakwa Lelaki Zaman Sekarang “Sakit Otak”
Bercerita tentang penglibatan dalam bidang seni lakonan dan lagu ciptaannnya , Allahyarham terkenal dalam penghasilan lirik lagu popular pada era 1980-an dan 1990-an dan cukup popular pada ketika itu.
Di antara karyanya yang menjadi siulan sehingga kini ialah Isabella nyanyian kumpulan Search, Memburu Rindu dan Rendang Tak Berbuah nyanyian Hattan serta Intanku Kesepian dan Taman Rashidah Utama dari kumpulan Wings.
Lagu Isabella juga pernah diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu terbitan TV3 pada tahun 1989 dan menjadi lagu kegemaran ramai sehingga kini.
Beliau juga aktif dalam bidang lakonan dengan watak serius dan menghiburkan sehingga tidak kering gusi dan pernah membintangi banyak filem termasuklah Jin Notti, Santau dan Mantra.