Anak Amir Khan, Ira Khan Menghidapi Masalah Anxiety Yang Teruk


Seorang anak dari pelakon Bollywood terkenal Amir Khan iaitu Ira Khan telah berkongsi dengan pengikutnya di laman Instagramnya dimana dia mendedahkan dirinya mengalami serangan anxiety dan dia perlu mendapatkan rawatan doktor kerana ia semakin kerap berlaku.

Anak Amir Khan, Ira Khan Menghidapi Masalah Anxiety Yang Teruk 2

Ira menjelaskan perasaan yang dilaluinya tidak sama seperti serangan panik atau masalah anxiety biasa sehingga diserang sawan

Saya memang ada masalah anxiety dan pernah diserang sawan sebelum ini, namun tidak pernah kena serangan anxiety sebegini.

“Apa yang saya tahu serangan anxiety mengalami simptom seperti kesukaran bernafas dan mahu menangis. Itu yang terjadi kepada saya.

“Ia sangat menakutkan dan doktor nasihatkan supaya saya mendapatkan rawatan kerana ia semakin kerap berlaku,” katanya.

Anak Amir Khan, Ira Khan Menghidapi Masalah Anxiety Yang Teruk 3

Tambahnya lagi, serangan tersebut sering berlaku pada waktu malam sehingga menyukarkan dirinya untuk tidur walaupun dia cuba untuk mengawal serangan anxiety yang menyerang dirinya.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3