Along Eyzendy Dan Isteri Makin Pulih Selepas Pemindahan Buah Pinggang


Pelakon dan pelawak yang terkenal dengan keletahnya yang mencuit hati , Along Auzendy kini dikatakan sudah pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan.

Malah iserinya juga sudah pulih dan menjalani aktiviti harian seperti biasa selepas melakukan pemindahan buah pinggang miliknya buat suami tercinta.

“Keadaan isteri saya alhamdulillah baik. Dia memang diberi kebenaran untuk bagi buah pinggang pada saya sebab dia tiada sakit apa-apa”.

“Buah pinggang kanannya diberikan untuk dimasukkan ke sebelah kiri pinggang saya. Yang sebelah kanan keadaannya 90 peratus bagus manakala yang sebelah kiri 96 peratus. Bacaan 96 peratus dikira bagus,” jelasnya lagi.

Along Eyzendy, 43 juga ada mengulas tenatang proses pemindahan buah pinggang isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, 38, yang mendermakan buah pinggang kepadanya pada 15 April tahun lalu.

Bercerita tentang pengalamannya isterinya itu , doktor mengesahkan keadaan isterinya baik dan air kencingnya banyak selepas sedar daripada  Unit Rawatan Rapi (ICU) .

“Maksudnya ia berfungsi elok. Keadaan isteri saya pun okey. Dia keluar wad seminggu selepas pembedahan, manakala saya sebulan.

“Cuma saya nampak dia macam cepat penat sekarang. Masalah senggugutnya pun datang balik. Dulu sebelum kahwin memang dia ada sakit ini. Lepas dapat anak dia hilang. Apapun kesihatan dia okey,”

“Selepas setahun pembedahan, kesihatan saya makin okey. Badan pun berisi semula. Cuma saya kena berjumpa doktor sebulan sekali. Kalau bacaan darah tak okey saya akan ‘warded,” katanya lagi.

Kini Along semakin pulih dan sudah mendapatkan tawaran drama dan juga teater yang mana dia akan kembali sibuk menjalani penggambaran dan juga aktiviti seninya tetapi masih tetap mengutamakan dirinya .

Malah Along sekarang sedang menjalani latihan teater arahan Roslee Mansor terbitan Karyawan Negeri Sembilan yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 26 hingga 31 Ogos tahun ini .

“Saya akan membawakan watak sebagai Si Amat, utusan Moyang Salleh ke Johor. Lama saya tak beraksi di Istana Budaya dan kebanyakan yang terbabit adalah rakan teater.”

“Jadi saya rasa tergerak untuk ikut sekali bersama. Saya sebenarnya dah mula bekerja. Saya beritahu produksi saya sihat, tapi saya akan jumpa doktor  bila perlu dan kalau doktor kata saya kena tahan di wad saya akan ikut.”

“Tapi tak lama dalam dua tiga hari kerana doktor nak pantau bacaan darah. Kalau ia naik, saya kena masuk wad dan tengok bacaan. Kalau dah okey, saya boleh keluar. Saya kena jaga pemakanan,” ceritanya lagi.


Along juga berharap agar orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya dan isteri agar dapat menjalani aktiviti harian dengan sempurna dan sihat selalu .

Penafian – Semua yang portalamalaysia share dihalaman ini sekadar tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Along Eyzendy Dan Isteri Makin Pulih Selepas Pemindahan Buah Pinggang” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia