Almy Nadia Selamat Melahirkan Anak Keempat , Anak Lelaki Atau Perempuan?


Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak perempuan keempat mereka pada hari semalam ,  rabu pukul 3.49 pagi . Bayi dilahirkan secara normal dengan berat 2.76 kilogram di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Almy yang pada mulanya mengalami kesakitan semasa dimasukkan ke hospital , yang mana kelahiran bayi pada kali ini adalah terawal seminggu dari tarikh yang ditetapkan dan akhirnya dapat menahan kesakitan dan selamat melahirkan dengan keadaan ibu dan anak selamat malah ditemani suami tercinta di bilik bersalin.

Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya, Fairuz Zainal Abidin, 40 pada hantaran di Ig miliknya merasa bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan dan tidak mengalami apa-apa kesukaran semasa melahirkan anak mereka.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin. 4-0 keputusan sekarang,” kongsi Fizz  menerusi Instagramnya .

Fizz Fairuz juga berselorah bahawa mereka suami isteri sengaja tidak melakukan imbasan jantina kerana mahukan kejutan ketika hari kelahiran.

“Sebenarnya, memang kami berdua sengaja tidak ‘scan’ jantina anak keempat ini kerana mahukan kejutan. Kami mahu merasai kembali perasaan teruja seperti mendapat anak pertama dahulu.

Dia juga menjelaskan bahawa tidak ada melakukan apa-apa persiapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka malah nama anak pun belum dipilih kerana mahukan kejutan dan akan mengumumkan nama anak selepas menamakan anak mereka.

Fizz Fairuz pernah menyatakan hasrat untuk memiliki anak lelaki, namun selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama Almy, dia tetap bersyukur dengan keempat-empat anak perempuannya dan sangat bersyukur kerana isteri dan anaknya selamat .

“Soal anak itu rezeki Allah, saya menerima seadanya. Andai diberi rezeki pada masa depan untuk memiliki anak lelaki pula saya bersyukur. Namun, buat masa ini fokus saya kepada keluarga yang ada sekarang,” kata Fizz.

Fizz dan Almy yang mendirikan tealh rumah tangga pada 26 April 2014 sebelum ini telah dikurniakan tiga cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Afrina Ayra yang kini setahun serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Dalam perkongsian terdahulu, Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 34, pernah mengalami keguguran anak lelaki yang merupakan anak keempatnya ketika usia kandungan 14 minggu pada Februari tahun lalu.

Sementara itu, Almy meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang berada di sisi sepanjang kelahiran anak mereka. Dia yang sangat gembira kerana suaminya setia menemani di bilik bersalin walaupun dalam keadaan mengantuk sambil mengurut kaki.

Mereka yang merupakan pasangan kelakar dan sweet sangat gembira dengan kehadiran anak keempat malah anak yang lain sudah tidak sabar untuk bertemu puteri bongsu dari keluarga tersebut dan masih menunggu di rumah kerana SOP hospital yang melarang kanak-kanak untuk hadir ke hospital.


Mereka berterima kasih kepada peminat yang mendoakan Almy dan Fizz menerima kekalahan dengan score 4- 0 . Jika mempunyai rezeki mereka tidak menolak untuk memiliki anak lagi kerana mereka juga menginginkan anak lelaki .

Disclaimers – Semua yang admin share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Almy Nadia Selamat Melahirkan Anak Keempat , Anak Lelaki Atau Perempuan?” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia