Aktiviti Pecah Masuk Kedai Berleluasa, Lelaki Kongsi Gambar.


Banyak perkongsian tentang banjir yang berlaku baru-baru ini , tidak kurang juga ada pertikaian tentang pertolongan dan bantuan yang diperlukan oleh mangsa. Namun dalam perkongsian terbaru daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai KAmarul Azizi memaparkan ‘sisi gelap’ ketika tragedi banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam yang ternyata telah menuai pelbagai respon daripada netizen.

Antara perkongsian gambar yang diambil saudara Kamarul adalah di mana keadaan kedai-kedai runcit yang rata-rata barang-barang dikedai mereka telah habis diambil kerana dipecah masuk oleh pencuri yang mengambil kesempatan ketika keadaan mendesak ketika banjir.

Yang lebih menyakitkan hati, bukan sahaja keperluan asas seperti makanan dan minuman yang diambil, malah barang-barang perkakasan elektrik seperti televisyen ,oven dan juga barang elektrik yang berharga juga turut diambil individu tidak bertanggungjawab.

Melalui satu hantaran di akaunnya juga, Kamarul berkata orang ramai perlulah bersabar kerana banyak bantuan yang telah dan akan diberikan oleh pihak kerajaan mahupun sukarelawan.

Memahami keadaan yang terdesak tetapi kelakuan seperti itu adalah tidak bermoral kerana merosakkan harta benda milik orang lain yang juga mengalami kerugian besar akibat banjir yang berlaku. Malah banyak bantuan yang telah dihantar dan diberikan dikawasan berkenaan tidak kira daripada kerajaan , NGO dan persendirian.

Dia yang berharap agar mangsa banjir tidak terlalu cerewet dengan bantuan yang diberikan dan bersyukur kerana ramai yang prihatin dan tidak menang tangan menyalurkan , menghantar dan mengagihkan makanan serta barang keperluan kepada mangsa yang terlibat.

Dan sekarang tular pula banyak bantuan yang dikatakan dibazirkan kerana terlalu banyak makanan dan barangan lain yang dihantar dan disimpan di Pusat Penempatan Sementara yanng terlibat.

Lambakan makanan yang dibuang juga berlaku di kawasan berkenaan dan masih banyak keperluan lain dihantar ke PPS dan terdapat pelbagai barang yang  disalurkan dari baranga makanan kering , pakai dan kelengkapan lain .

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai pengguna media sosial tampil meluahkan rasa geram dan bersimpati dengan nasib para peniaga yang terpaksa menanggung kerugian akibat tragedi ini , sudahlah kedai dilanda banjir dan banyak barang yang rosak datang pula orang mengambil barang tanpa memikirkan kesusahan pekedai tersebut.

“Bagus ada pendedahan begini, sekurang-kurangnya rakyat tahu apa yang jadi. Di negeri lain yang banjir, takda pula timbul isu pecah masuk macam ni.” komen seorang netizen berikutan kes tersebut.


Dikataka banyak kes sebegini berlaku dan tidak mendapat liputan langsung jadi tiada pendedahan yang dilakukan . Diharapkan semua yang terlibat saling bertolak ansur dan beradap dalam mengambil dan merosakkan harta orang lain .

Disclaimers – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Aktiviti Pecah Masuk Kedai Berleluasa, Lelaki Kongsi Gambar.” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia