4 Aktiviti Outdoor Popular Di Dabong, Kelantan

Semakin ramai yang tidak ingin melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti outdoor popular di Dabong. Iya, Dabong; sebuah pekan kecil di Kelantan kini terkenal dengan keindahan alam semula jadinya — dari air terjun hingga ke gua, terdapat banyak perkara untuk dikunjungi!

Teruskan membaca untuk mengetahui aktiviti yang boleh anda lakukan di Dabong untuk pengembaraan luarbiasa anda!

Baca juga: Cake Jalan Tiung | Jom Nikmati Mouth-watering Pastry Di Seksyen 4 & 9 Shah Alam !

Aktiviti Outdoor Popular Di Dabong, Kelantan


Jelawang Pipe Resort & Extreme Park


4 Aktiviti Outdoor Popular Di Dabong, Kelantan 2

Jelawang Pipe Resort & Extreme Park ialah tempat yang baik untuk anda memulakan pengembaraan aktiviti outdoor popular di Dabong. Anda boleh bermalam di salah satu paip pembetung berwarna-warni dan menikmati alam semula jadi.

ATV @ aktiviti outdoor popular di Dabong
Kredit: IG syafizzat_ramadan

Resort ini juga merupakan taman di mana anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sukan lasak seperti zip lining, tiub air, via ferrata, mendaki air terjun dan gua. Kami yakin percutian anda pasti tidak akan dilupakan!

  • Harga: Dari RM60/malam
  • Alamat: Kampung Sungai Batu Jelawang, Dabong 18200 Kuala Krai, Kelantan

Instagram

Gua Ikan


4 Aktiviti Outdoor Popular Di Dabong, Kelantan 3

Gua Ikan merupakan salah satu gua yang terkenal di Dabong. Untuk anda yang merupakan pencinta sukan lasak, pastikan anda menambah tempat ini pada senarai anda!

Gua batu kapur ini berusia lebih 150 juta tahun dan seperti namanya, anda boleh melihat bentuk ikan gua tersebut dari jauh. Semasa berada di sini, pastikan anda melawat gua yang lain seperti Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Gelap.

4 Aktiviti Outdoor Popular Di Dabong, Kelantan 4

Aktiviti outdoor popular di Dabong ini bukan untuk mereka yang lemah semangat, jadi pastikan anda mempunyai stamina yang tinggi untuk menerokai gua-gua ini!

Gunung Stong


4 Aktiviti Outdoor Popular Di Dabong, Kelantan 5

Bagi yang menggemar mendaki, jangan fikir kami telah melupakan anda. Pastikan anda mengemas peralatan mendaki anda kerana aktiviti outdoor popular di Dabong ini; Mendaki Gunung Stong menanti anda!

Jangan risau, terdapat banyak papan tanda di sepanjang laluan supaya anda tidak akan tersesat dalam pemandangan yang indah. Pastikan anda bergambar di “chalet” Instagrammable!

Semasa anda berada di sana, mungkin anda akan menemui haiwan liar seperti gajah, harimau, rusa dan tapir, jadi perhatikan baik-baik ya!

Air Terjun Stong


4 Aktiviti Outdoor Popular Di Dabong, Kelantan 6

Semasa anda berada di Dabong, luangkan masa untuk berendam di Air Terjun Stong a.k.a Air Terjun Jelawang. Tahukah anda pada ketinggian 303m, ia merupakan antara air terjun yang tertinggi di Semenanjung Malaysia?

Sungguh mengujakan! Ikuti jalan yang bersimen dan ia akan membawa anda ke air terjun yang lebih rendah. Ia adalah kolam yang besar tetapi tidak disyorkan untuk berenang di sana.

Sebaliknya, seberangi jambatan dan ikuti denai jelas yang menuju ke puncak. Ia adalah satu setengah jam pendakian yang agak curam dengan beberapa pendakian pada permulaan laluan.

 

 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3