RIYADH: Cristiano Ronaldo membalas tumbukan ke mukanya dengan meledak dua kali ke atas Paris Saint-Germain yang diterajui Lionel Messi dalam aksi persahabatan di Arab Saudi.
Ronaldo, 37, yang dikasari oleh penjaga gol PSG, Keylor Navas tetapi dia kemudian menyempurnakan sepakan penalti susulan kekasaran itu dan menambah jaringan dalam kekalahan 5-4 di Stadium Raja Fahd, Riyadh.
Ia adalah penampilan pertama Ronaldo di bumi Arab Saudi, tetapi mewakili pasukan terbaik gandingan kelab baharunya, Al Nassr dan seteru mereka Al Hilal dalam aksi itu.
Messi dan Kylian Mbappe telah menjaringkan gol untuk PSG dengan Neymar gagal dalam menyempurnakan sepakan penalti sebelum ketiga-tiga bintang itu termasuk Ronaldo, dikeluarkan di pertengahan babak kedua.Ronaldo menyaksikan percubaannya diselamatkan tetapi dia menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-34 dalam perlawanan itu.
Lima minit kemudian, pemain PSG, Juan Bernat dilayangkan kad merah kerana mengasari Salem Al-Dawsari – pemain Arab Saudi yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Argentina di Piala Dunia Qatar.
PSG kembali mendahului menerusi Marquinhos sebelum Neymar gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Ronaldo sekali lagi menyamakan kedudukan ketika permainan menuju rehat, menyempurnakan bola tandukannya yang terkena tiang untuk gol keduanya.
Selepas rehat, Mbappe pula membuat umpanan untuk jaringan Sergio Ramos sebelum Hyun-soo Jang menyamakan kedudukan untuk pilihan Riyadh dalam aksi itu.
Mbappe menyempurnakan sepakan penalti dan Hugo Ekitike menjadikan kedudukan 5-3 sebelum penyerang Brazil, Talisca menjaringkan gol keempat pasukannya. – AFP