Aksi Mesra Zul Ariffin Dukung Seorang Wanita Jadi Bualan Netizen.


Belum lagi reda tentang kontroversi berpegang tangan dengan artis wanita iaitu Ruhaines tempoh hari , hari ini satu video iklan telah dikongsikan oleh pelakon popular, Zul Ariffin  bersama seorang wanita di Instagramnya dan semestinya menerima kecaman hebat dari netizen.

Adegan mesra seperti berpegang tangan, berpelukan dan mendukung bersama wanita yang membawa imej bertudung itu membuatkan netizen kurang senang dengan aksi yang dilakukan oleh aktor tersebut malah ada yang memberikan label tidak mempunya standard kerana mengambil job iklan tersebut kepada Zul Ariffin.  Malah ada juga yang memberi komen bahaya wanita tersebut tidak sesuai digandingkan bersama aktor idaman Malaya tersebut.

Dalam video itu difahamkan bahawa Zul membawakan watak sebagai pasangan kekasih bagi wanita terbabit bagi mempromosikan produk bengkung strap edisi Zul Ariffin.


Wanita dalam video tersebut adalah Founder kepada prosuk tersebut iaitu  Biefarahaziz yang memang sudah lama berkecimpung dalam dunia kecantikan bersama adik perempuannya Sashaaziz

Walaupun hanya mempromosikan produk bengkung tersebut ,namun perkongsian video tersebut menerima kritikan yang pedas dari segelintir netizen yang merasakan tidak manis untuk mereka melakukan aksi-aksi sebegitu serta menganggap iklan sedemikian tidak sesuai kerana wanita yang disampingnya itu bertudung.

Video itu baru sahaja di posting di media sosial dan telah mendapat tontonan lebih daripda 100 ribu dan ada juga yang menyangka Zul Ariffib sudah berumah tangga tetapi nampaknya para peminat wanita masih mempunyai peluang .

Mengenai isu tersebut Zul tidak membalas sebarang komen apa pun walaupon ditanya peminat tentang kenyataannya yang tidak mahu menyentuh wanita sebelum ini. Zul juga dikhabarkan sengaja mencari publisiti murahan agar menaikkan namanya semula dipersada seni walaupun baru-baru ini telah memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik di FFMK31 melalui filem sangkar.

Penafian – Semua yang admin share dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Aksi Mesra Zul Ariffin Dukung Seorang Wanita Jadi Bualan Netizen.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.