Misteri pengganti Nabil Ahmad sebagai pengacara pada konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) akhirnya terjawab apabila Sherry Alhadad muncul bersama Elly Mazlein. Sherry mengambil alih tugas Nabil yang masih berada di kampung selepas pemergian arwah bapanya, Ahmad Ismail yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jumaat lalu.
Pemilihan Sherry sebagai pengacara malam ini bersama Elly atau Kak Lina juga dilihat mendapat maklum balas yang baik daripada peminat GV9. GV9 yang mula bersiaran pada 18 September lalu dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai hos.
Pemenang membawa pulang wang tunai RM100,000, naib juara menerima RM50,000, tempat ketiga menerima RM30,000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10. ,000. Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir sebagai Penaja Utama dengan kerjasama Digi sebagai Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut memberikan sokongan sebagai Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut disiarkan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ turut dimeriahkan dengan kerjasama Astro GO, Gempak dan Ria X sebagai Rakan Digital dan SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi serta disokong oleh Gegar untuk musim ini. Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang menonton ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket untuk direbut setiap minggu.