Maybank kini mengeluarkan peringatan kepada para pengguna Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), untuk pautkan kembali akaun ASNB pada Maybank2U selepas 18 Jun 2022.
Maybank mengatakan ini adalah selari dalam memberikan pengalaman perbankan yang ditambah-baik kepada para pengguna.
Ingin Buka akaun ASNB >> Cara Buka Akaun Asb
Jangan risau pengguna boleh melihat kembali akaun ASNB mereka selepas pautkan ia pada Maybank2U atau juga turut melalui aplikasi MAE.
Selepas itu, pengguna boleh menyambung transaksi seperti biasa melibatkan ASNB. Ianya boleh dilakukan dengan memilih “Wealth” dan seterusnya ASNB pada Maybank2U atau pada aplikasi MAE.
Pada masa yang sama, untuk makluman, ASNB sebelum ini telah menyatakan mereka akan melakukan naik-taraf sistem bermula 4 hingga 7 Jun 2022 – dan akan tangguhkan semua perkhidmatan sepanjang tempoh tersebut.
Baca juga: ASNB Tangguh Urus Niaga Dari 4 Sehingga 7 Jun 2022