Ajak Dedah Sikap Sebenar Shahrol , Geli Dipanggil Sahabat


Nama Shahrol semakin menjadi perbualan apabila sering tampil membahaskan isu tentang pelawak dan penyampai radio dalam industri yang terlibat baru – baru ini.

Pada mulanya ia hanya menjadi isu antara dia dan netizen sahaja yang mana dia gemar berkongsi di media sosial dan membiarkan netizen membahaskan perkara tersebut dengan memberikan pendapat masaing- masing.

Namun nampaknya perkongsian terbaru daripadanya kurang disenangi oleh rakannya yang pernah bersama – sama mencipta nama di persada seni sehingga nama mereka dikenali ramai dan popular.

Ajak Shiro telah mempersoalkan tindakan Shahrol apabila dia mengeluarkan kenyataan sedemikian yang membabitkan dirinya dan keluarga sehingga menjadi perbualan ramai.

Yang mana , Shahrol telah menyentuh mengenai pengunduran dirinya yang telah membuka rezeki kepada Ajak agar dapat menyertai Suria. FM hingga kini .

Disebabkan kenyataan itu , Ajak menyifatkan Shahrol sebagai seorang yang sombong apabila bercakap tentang rezeki orang lain yang telah diberikan olehnya seolah- olah dirinya begitu hebat.

Ajak dalam kenyataanya mengakui dia sudah bertahun-tahun tidak dihubungi atau berkomunikasi secara langsung dengan individu yang dikenalinya sebagai sahabat paling dekat itu .

“Tapi bila dia komen kemunduran dia menjadi asbab rezeki kepada saya dan keluarga , saya rasa ayat dia tu seperti anggap diri dia Tuhan. Ini adalah ciri-ciri orang yang sombong bila rasa diri dia terlalu berguna,” katanya.

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

“Hakikatnya, pada hari pertama saya keluar Hot FM saya dapat offer untuk sertai Suria. Saya cakap dengan diorang minta maaf saya tak mampu nak join Suria sebab kalau keluar gambar Shahrol, letak gambar saya dia tak cantik,” katanya.

Jelas Ajak lagi, dia pada mulanya tidak menerima tawaran daripada Suria FM selepas habis kontrak bersama Hot Fm namun memilih untuk menganggur demi menjaga muka sahabatnya itu namun ianya tidak pernah dihargai.

“Sedangkan saya tak perlu fikir pun masalah dia. Tapi fikir pasal dasar sahabat, saya pilih menganggur Shahrol daripada ambil tempat awak”.

“Awak jangan rasa ini tempat awak, awak tak sedar ke tempat ini dah diduduk oleh Fara Fauzana dan ada lagi nama orang lain, selepas itu baru saya masuk”.

“Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan saman atas masalah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria”.

Di kesempatan itu juga Ajak telah bercerita tentang kisah lama yang telah membuatkan dirinya kecewa malah terkilan pada suatu ketika dahulu yang menyebabkan perhubungan mereka semakin jauh.

Ajak Minta Maaf

Ajak juga sempat memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita lama kerana tidak mahu lagi dipandang remah dan seperti dirinya tidak mempunyai perasaan dan tidak bertanggungjawab.

“Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain,” cerita Ajak.

“Minta maafla saya terpaksa buka semua ni, tapi rasanya tak perlulah saya hormat orang yang dah pijak kepala saya. Yang tak pandang pun isteri saya tu saudara dia, anak-anak saya tu anak saudara dia. saya cakap cukuplah sampai disini sahaja.

Tidak mahu perkara ini berlanjutan sehingga mempersoalkan tentang rezekinya dan keluarga , Ajak terpaksa membuka mulut dan menjelasakan perkara tersebut agar orang lain tidak memandang rendah terhadap kredibilitinya sebagai seorang penyampai radio.


“Shahrol, cukuplah bagi jawapan pusing-pusing ni. Saya bukan budak kecil. Dulu mungkin 25 26 saya diam. Sekarang saya dah 37 tahun saya perlukan ketenangan tu semua. Jadi saya nak nasihat awak semua janganlah sanjung kaduk dah naik junjung ni. Fikir-fikirkanlah,” katanya.

BACA INI JUGA : Uji Rashid Kongsi Keadaan Terkini Anaknya , Cico

Nampaknya hubungan mereka sudah bermasalah sebelum ini dan Ajak tidak pernah bersuara demi menjaga aib namun ianya sudah tidak mampu disorokkan kerana semakin didiamkan semakin dipijak orang yang mengalah .

Semoga segalanya dapat diselesaikan dengan baik.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share diatas hanyalah panduan dan rujukan yang related dengan “Ajak Dedah Sikap Sebenar Shahrol , Geli Dipanggil Sahabat” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.