Aishah Akui Seumur Hidupnya Tidak Pernah Dimanja Sebagai Seorang Isteri


Baru- baru ini penyanyi tersohor iaitu Aishah membuat satu hantaran di akaun Ig miliknya apabila menerima hadiah seutas gelang daripad jenama terkemuka daripada anak-anaknya.

Dia yang merasa teharu dan teruja menulis sedikit kisah tentang kehidupannya , mengakui tidak pernah merasa kehidupan sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah sebaliknya dia yang memikul tanggungjawab besar sebagai ketua rumah.

Walaupun cukup terkenal sebagai bintang yang sering menghibur para peminat dengan senyuman manis dan nyanyian yang menususk dikalbu, rupanya mempunyai kisah hidup yang cukup memeritkan sebagai isteri.

“I tak pernah merasa hidup sebagai isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup I lah isteri yang membeli beras. Allah bagi anak-anak yang thoughtful, buat mata mum dia masuk habuk,” tulisnya.

Melalui perkongsian tersebut itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan juga rakan artis yang tersentuh hati dengan pendedahan tersebut serta mengatakan penyanyi itu seorang wanita yang kuat.

Malah mendoakan agar hidupnya lebih bahagia disamping anak -anak yang menghargai dan mengasihi dirinya sebagai ibu .

Pada bulan November tahun lalu, Aishah telah mendedahkan rumah tangga kali keempat yang dibinanya sejak lima tahun lalu kini berantakan dan dikhabarkan sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu serta menunggu masa jatuh talak.

Walaubagaimanpun masih enggan mendedahkan punca perpisahannya dengan suami malah tidak berniat untuk menunding jari kepada sesiapa dan menganggap bahawa mereka sudah tidak berjodoh.

Aishah juga mengakui dia berkongsi mengenai perihal hal rumah tangganya bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya bagi mengelakkan fitnah.


Pada 2017, Aishah memaklumkan kembali berumah tangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya pada 2011.

Penafian – Bahan yang kami share diatas hanyalah panduan dan ringkasan yang related dengan “Aishah Akui Seumur Hidupnya Tidak Pernah Dimanja Sebagai Seorang Isteri” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia