Ainul Mardhiah ditidurkan, pakai ventilator.. Ini kronologi kes jangkitan sejak hari Jumaat


Adakah semua masih ingat dengan adik Ainul Mardhiah? , tetapi kini Ainul sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Pada hari isnin.Kanak-kanak yang pernah membuat pembedahan untuk barah mulut Germ Cell Tumor ini terus mendapat liputan dari media masa.

 

Adik Ainul kini sedang berusaha dan juga berjuang

 

Pada perkembangan terkini, ayah kepada Ainul Mardhiah iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan ananknya itu telah ditidurkan dan menggunakan bantuan ventilator.Ahmad Safiuddin telah mengesahkan anaknya itu terkena jangkitan kuman atau virus yang kuat serta berlaku dengan amat pantas. Ainul sedang berada di tahap kritikal.

“Hari Jumaat lepas, Ainul batuk dan ada secretion banyak. Tapi dia tak ada demam. Kami sudah bersedia dengan ubat kalau demam.” “Pada hari Sabtu, Ainul ada muntah setiap kali feeding dan nampak dia dah tak aktif. Suhu pun dah naik sikit. Kami beri ubat dan buat tuaman badannya.”

“Di malam Sabtu, Ainul muntah dan mula cirit birit, sampailah ada awal pagi ahad.” “Pagi ahad pagi, kami tengok keadaannya masih tak ok, jadi kami segera bawa Ainul ke klinik untuk check.”

“Lepas check, doktor di klinik terus minta kami bawa Ainul ke hospital dengan segera. Keluar klinik, saya terus cari emergency yang terdekat. Apabila sudah melakukan assessment, Ainul perlu masuk wad untuk pemeriksaan lebih lanjut.” “Pemeriksaan xray telah dibuat dan ada nampak paru-parunya penuh dengan tompok putih, begitu juga di bahagian ususnya.”


“Pada hari Isnin, doktor bertindak nak beri support Ainul guna ventilator sebab kuman atau virus itu mula merebak hampir di semua tempat. Doktor dah buat sehabis baik, support apa yang diperlukannya.”

“Punca jangkitan kuman, kami pun tak pasti, sesungguhnya kami tak nampak kuman tersebut.”

Sejak waktu itu, pada malam Isnin dan awal pagi hari Selasa, ibu Ainul, iaitu Nurul Erwani, ada mendedahkan anaknya itu semakin baik dan stabil. Cuma doktor cuba untuk rehatkan dulu Ainul buat sementara waktu.

Baca juga : Sultan Kelantan Isytiharkan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Sultanah Kelantan

Disclaimers – Bahan yang admin share diatas hanyalah panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Ainul Mardhiah ditidurkan, pakai ventilator.. Ini kronologi kes jangkitan sejak hari Jumaat” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.