Penyanyi verstile iaitu Aina Abdul yang mempunyai vokal yang sangat mantap sangat terkenal dengan fesyen yang sepertinya aneh dan pernah digelar Lady Gaga Malaysia kerana sering tampil dengan busana yang luar biasa dan menarik perhatian. Dia yang sering menjadi sorotan ramai orang terutama di majlis besar antaranya ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36), baru-baru -baru ini .
Dia yang menampilkan imej seperti ‘comforter’, ‘winter coat’ pada malam pertama dan ‘igloo’ busana rekaan pereka fesyen Melinda Fesyen ‘couture’ yang menggunakan lima warna itu pada malam kedua SFMM36 telah menarik perhatian para netizen lagi.
Malam tersebut Aina telah mempertaruhkan lagu Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar dan dilihat sangat serasi bersama kerana apabila mereka sangat sopan semasa memberi ucapan dan saling berterima kasih apabila berjaya mara ke final AJL.
Mereka membuat persembahan yang sangat sweet ada malam tersebut sehingga lagu itu benar-benar sampai ke hati peminat malah ada yang merasakan mereka seperti bercinta dia atas pentas.
Pasanagan ini telah mencuri perhatian apabila ramai yang mempersoalkan tentang hubungan mereka kerana mereka nampak mesra walaupun tiada babak bersentuhan tetapi lirikan mata antara pasangan tersebut dapat menggambarkan sesuatu yang sangat mendalam.
Aina yang juga senang berkongsi gambar bersama Khai Bahar di laman Ig miliknya mengatakan bahawa khai seorang yang suka bermain tetapi sangat baik dan merendah diri orangnya malah Khai juga dilihat berkongsi gambar Aina di laman Ig miliknya dan telah mendapat reaksi daripada peminat yang melihat gambar tersebut.
BAnyak komen yang menyokong agar pasangan itu bersama kerana mereka kelihatan serasi dan sesuai ketika membuat persembahan diatas pentas malah mempunyai vokal yang menarik dan hebat seperti pasangan Erni Zakri dan juga Syamel.
Namun tidak kurang yang menyuarakan perasaaan kurang senang dengan pakaian yang dikenakan Aina pada malam tersebut tetapi masih memuji kekuatan vokalnya walaupun dengan pakaian yang sarat semasa membuat persembahan.
Segelintir peminat merasakan makin hari makin aneh dengan fesyen menyayi lagu Sumpah ini, peminat menginginkan penampilan yang tidak keterlaluan daripadanya.
“Good luck Aina sayang. Tolong nanti jangan la pelik sangat baju. Biar nampak macam pengantin untuk lagu Nafas Cinta,” kata pengguna @justmeeiqa”.
“Saya tidak boleh dengan pakaian awak. Kenapa Aina? Persembahan seperti biasa, memukau!” kata @muthannahani”.
“Aina, awak boleh buat lebih baik. Saya tak ada isu dengan fesyen tapi kalau memberi kesan kepada persembahan awak sebab tak selesa, tak mau la,” @jiashima”.
“Selepas ini kalau nak buat baju pelik-pelik pastikan senang nak jalan. Selalu support awak walaupun pakai baju compang camping asalkan tak susah nak jalan, nak pegang mikrofon,” @fizasnha”.
Pada malam Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung selama 2 hari itu dengan 30 pencalonan , Aina telah berjaya mara ke peringkat akhir dengan lagu Sepi ciptaan Aina Abdul sendiri dan penulis lirik Aina Abdul & Wan Zakaria manakala lagu Nafas Cinta adalah Ciptaan Bersama Aina Abdul & Khai Bahar dan penulis lirik Aina Abdul & Wan Zakaria.
Related Posts
- Shuib Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang
- Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”
- “Kerap Sesak Nafas”, – Bob Lokman
- Perkongsian Video Terbaru Daripada Noor Nabila Jawab Persoalan Netizen Tentang Rumahtangganya
- Baby Shima Bergelek Sakan Dengan Pakaian Ketat , Penonton Jadi Malu Tengok Persembahan