Aida Jebat Dan Suami Belum Bersedia Bawa Anak Jumpa Keluarga.


Ayda Jebat dan suaminya telah memohon maaf kepada keluarga terdekat dan sahabat handainya kerana tindakannya dan suami, Nabil Mahir yang belum bersedia untuk mempertemukan bayi mereka secara terbuka kerana bimbang dengan keadaan semasa ketika ini ditambah dengan penemuan varian baru Omicron yang meyebabkan dia lebih mengutamakan keselamatan walaupun hatinya rindu untuk bertemu semua orang yang tersayang.

Dia yang berkongsi hantarannya di Instagram Story miliknya telah meluahkan rasa rindu untuk bertemu mereka walaupun tidak kesampaian.

Sempat memohon maaf kepada keluarga dan sahabat handai jika ada yang berasakan dirinya dan Nabil sangat keterlaluan mengenai perkara ini dan sememanganya dia merasa rindu dan tidak berniat untuk tidak berjumpa untuk selamanya.


Dia yang sememangnya merindui gelak ketawa bersama dan sememangnya berhasrat untuk membawa anaknya bertemu dengan semua orang yang terdekat namun rasa tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kesihatan keluarga  dan anaknya tersayang lebih menjadi keutamaan kepadanya.

Walaubagaimanapun , dia tidak lokek berkongsi gambar bersama anaknya dan juga sering menghubungi melalui video call dan masih berkongsi perkembangan anaknya bersama keluarga dan peminatnya cuma masa belum mengizinkan dia dan suami untuk bersua muka .

Ayda bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada mereka yang faham dengan situasi yang berlaku.

Tanggal 1 Januari lalu, Ayda menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan suami, Nabil Mahir yang mana sudah genap setahun usia perkahwinan  mereka. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Aida Jebat Dan Suami Belum Bersedia Bawa Anak Jumpa Keluarga.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.