Aguero Persoal Penjualan Sterling!


Manchester City. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Pengurusan Membuat Keputusan Yang Pelik

Bekas penyerang, Sergio Aguero tidak faham akan tindakan Manchester City yang menjual Sterling kepada Chelsea serta memberi pendapat bahawa Erling Haaland perlukan masa untuk menyesuaikan diri di EPL.


City menjual pemain kebangsaan England, Sterling dengan harga 45 juta pound bulan lepas serta Gabriel Jesus yang ke Arsenal bersama dengan Oleksandr Zinchenko.


Sterling menjaringkan 17 gol dalam kesemua pertandingan untuk pasukan Pep Guardiola musim lepas dan hanya dibelakang Riyad Mahrez (24 gol) serta De Bruyne (19 gol) yang berjaya mempertahankan piala liga. Namun, Sterling hanya mahu minit permainan yang City tidak dapat berikan.

Hal itu telah disebabkan oleh City telah menandatangani Haaland dari Borrusia Dortmund ketika Julian Alvarez juga tiba untuk memperkuatkan lagi bahagian serangan bersama Jack Grealish, Phil Foden dan Mahrez.

Namun, bekas rakan sepasukan dan pemegang rekod kelab iaitu Aguero keliru dengan keputusan menjual Sterling yang berumur 27 tahun kepada rival dalam Liga Perdana Inggeris sendiri.


“Saya tidak faham mengapa Sterling dijual. Ada beberapa waktu pengurusan membuat keputusan yang pelik.” Kata Aguero didalam siaran Twitch beliau.

Haaland kelihatan bergelut dalam debut pertama kompetitif beliau dan mempamerkan aksi yang mengecewakan dalam aksi pasukan kendalian Pep Guardiola yang tunduk kepada Liverpool 3-1 pada aksi Perisai Komuniti Sabtu lepas.

Pemain kebangsaan Norway tersebut hanya melakukan 3 sentuhan dalam 30 minit pertama dimana sentuhan itu datang dari kawasan sendiri.


Beliau juga terlepas peluang terbaik menjaringkan gol dari permainan terbuka dimana beliau hanya menendang bola ke arah palang dalam jarak 6 ela pada masa tambahan menurut Opta.

“Beliau terlalu selesa di Jerman. Haaland berasa beliau sendirian namun Van Dijk datang dan berkata ‘selamat datang ke Liga Perdana.’” Ujar Aguero terhadap pemain berusia 22 tahun itu.

Walaubagaimana pun, Alvarez tampil memberi aksi terbaik walaupun dari bangku simpanan dan memberi dimensi berbeza dalam serangan City.


Apabila Aguero ditanya apakah bentuk nasihat diberikan kepada rakan senegaranya itu, beliau menjawab “Julian menghantar pesanan ringkas kepada saya dengan bertanya bagaimana kehidupan di Manchester. Saya beritahu beliau akan sentiasa dalam kedinginan.”

Manchester City akan memulakan kempen liga menentang West Ham digelanggang lawan Ahad ini manakala Sterling pula akan bermula awal sehari bersama Chelsea menentang Everton Sabtu nanti.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3