Adira Selamat Lahirkan Anak Keempat Secara Pembedahan


Penyanyi dan juga usahawan terkenal , Adira Suhaimi semalam berkongsi Di media sosial miliknya tentang khabar gembira yang dirinya sudah selamat melahirkan anak bongsunya.

Adira  yang bersalin secara pembedahan berkongsi bahawa anaknya adalah lelaki dan dilahirkan sihat dengan 3.5 kilogram semasa dilahirkan.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 31, menyatakan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dibantu oleh ibunya disamping untuk membantu menguruskan anak – anaknya.

“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.”
Adira Selamat Lahirkan Anak Keempat Secara Pembedahan 1

“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.”

Tidak lupa juga berterima kasih atas doa dan kasih sayang daripada rakan artis dan juga pengikut tang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

BACA INI : Raysha Rizrose Akui Bercinta Dengan Pelumba Kereta Dan Bakal Mendirikan Rumahtangga

“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.

Sekadar info , Adira telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan pasangan itu juga telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4 dan Anggun yang kini berusia 3 tahun.

TuTup Kilang


Adira sebelum ini sudah memberitahu media bahawa ini adalah anak bongsunya kerana sudah tidak mahu mengandung lagi pada masa akan datang dan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya yang sedia ada.
Adira Selamat Lahirkan Anak Keempat Secara Pembedahan 2
Berhubung dengan kenyataan tersebut , Adira sudahpun berbincang dengan suaminya dan ianya mendapat persetujuan bersama.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3