Adam Corrie Memang Mualaf, Tapi Tahu Bezakan Antara Budaya Dan Agama

Adam Corrie yang merupakan pelakon hebat yang pernah membintangi banyak drama tv sebelom ini pernah ditegur kerana masih menggunakan chopstick ketika makan meskipun sudah bergelar mualaf selama 14 tahun lalu iaitu pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun.

Adam Corrie Memang Mualaf, Tapi Tahu Bezakan Antara Budaya Dan Agama 2

Adam Corrie Lee Abdullah atau yang senang digelar Adam mendedahkan ada segelintir masyarakat yang menganggap guna chopstick oleh orang Islam adalah haram di sisi agama walhal perkara itu adalah budaya yang sudah diterapkan sejak azali lagi.

Adam Corrie yang sudah mempunyai seorang anak lelaki menjelaskan kaedah menggunakan penyepit makanan memang budaya yang diamalkan oleh orang Cina. Lagi pula masyarakat Cina diserata dunia yang beragaman Islam masih lagi menggunakan Chopstick untukl makan.Adam juag turut berkongsi cara penggunaan penyepit makanan dengan betul ketika menjamah nasi yang disediakan di dalam mangkuk.

Adam Corrie Memang Mualaf, Tapi Tahu Bezakan Antara Budaya Dan Agama 3

Peneraju utama filem KL Gengster itu turut menjelaskan, jika makan nasi dalam pinggan, dia akan menggunakan tangan sahaja untuk makan seperti biasa . Hanya apabila menggunakan mangkuk atau makan mee sahaja dia menggunakan penyepit makanan.

Adam juga sedang menjalankan perniagaan kerta dan jubah jenama miliknya malah ada manjual kopi Dragon yang sedang hangat di pasaran sekarang.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3