Home » Gosip Artis Malaysia » Ada Sebab Mengapa Hael Husaini Berdiam Diri Tentang Isu Ke Kelab Gay.

Ada Sebab Mengapa Hael Husaini Berdiam Diri Tentang Isu Ke Kelab Gay.

Pada Muzik-Muzik Separuh Akhir baru-baru ini lagu ciptaan dan nyanyian bersama Hael, Haqiem dan Naim telah berjaya ke final Juara lagu 2022 . Walaupun sedikit kecewa kerana 1 lagi lagu daripda hael tidak mara ke final tetapi masih dapat meneruskan usaha dengan lagu trio tersebut.

Setelah hampir dua bulan mendiamkan diri kerana masih sebuk dengan banyak kerja yang tergendala, akhirnya penyanyi Hael Husaini telah tampil menjawab dakwaan kononnya dia mengunjungi sebuah kelab hiburan gay di Korea Selatan pada November tahun lalu semasa dia dikatakan pergi melancong ke sana selama bermingu-minggu.

Tetapi sebenarnya dia sedang dalam penggambaran untuk sebuah program besar dengan kerjasama bersama artis Malaysia dan juga Korea Selatan.

Mengakui sedikit terganggu tentang kontroversi tersebut tetapi enggan mengulas tentang perkara tidak berasas itu, Hael berkata dia tidak dapat menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kerana terikat dengan penjanjian penggambaran sebuah program pada ketika itu.

“Sebenarnya benda tu sebab orang tak tahu kenapa kita berada di sana sebab kita tak dibenarkan beritahu apa tujuan kita berada di sana, jadi pada saya benda itu dah terungkai hari ni.

Tak apa la, sepanjang saya berada di sana, saya pun tak nak fikir sangat dan saya nak fokus pada Master in The House sahaja,” katanya.

Dia yang ditemui ketika pelancaran program terbaharu Master in The House Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Pada bulan November tahun lalu, telah dikhabarkan bahawa seorang penyanyi Malaysia pergi berseronok di sebuah kelab hiburan gay di Itaewon, Korea Selatan dan menerusi laman Twitter, individu tersebut turut mendedahkan artis berkenaan ke Korea tanpa menjalani kuarantin sebelum berhibur di kelab gay tersebut.

Melalui hint yang diberikan individu berkenaan seolah-olah mengatakan penyanyi yang dimaksudkan itu adalah Hael Husaini kerana Hael berada di Korea dan ada berkongsi gambar di laman Ig miliknya.

Berikutan daripda tuduhan tersebut , pengurus hael telah tampil menerusi satu siaran langsung di Instagram yang mana dia menafikan dakwaan tersebut dan menganggap perkara itu hanyalah fitnah semata-mata.

Malah pihaknya juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang menyebarkan khabar angin berkenaan namun tiada campur tangan daripada Hael kerana dia mengambil keputusan untuk menyerahkan semua urusan kepada pihak pengurusan agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik

Berhubung mengenai program Master In The House Malaysia pula ,dikhabarkan bahawa program realiti ini akan memulakan siaran bermula pada 15 Januari 2021  jam 10 malam di Tv3.

Program besar ini menampilkan Hael Husaini dan empat lagi selebriti seperti Scha Elinnea, Andi Bernadee, Sharifah Rose dan Meyrasam yang akan berguru dengan lapan orang ‘master’ disegani dari Malaysia dan Korea.

Beberapa bintang terkenal yang menjadi master mingguan ialah BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek dan koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk.

Penafian – Semua artikel admin share dihalaman ini merupakan panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Ada Sebab Mengapa Hael Husaini Berdiam Diri Tentang Isu Ke Kelab Gay.” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!