Achey Kesal Dengan Sistem Di PPS ,Dah Macam Kedai Runcit.


Baru – baru ini tular apabila terdapat banayk keluahan serta aduan daripada banyak pihak telah mendakwa bantuan yang disumbangkan orang ramai tidak sampai kepada mangsa banjir dan ini telah mengundang rasa kurang senang pelawak Achey.

Melalui perkongsian daripada hantaran di Ig miliknya,  Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 35, tindakan pihak terlibat mengawal agihan barang bantuan yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak seharusnya berlaku ketika mangsa banjir berdepan saat sukar dan memerlukan.

Achey yang terlibat secara tidak langsung dalam perkara ini , apabila dia dihubungi mangsa banjir yang meminta bantuan kepadanya sedangkan dia dan team baru saja menghantar bantuan ke Pusat Penempatan Sementara yang enggan dinamakan itu.

Semasa meyemak DM daripada orang ramai ,kebanyakannya meminta saya untuk meyalurkan bantuan ke kawasan yang saya dah sampaikan sumbangan.

Dia yang merasa pelik dan hairan kerana sudah menghantar keperluan dan kuantiti yang diperlukan oleh mangsa yang terlibat dikawasan tersebut tetapi  rupa-rupanya ada dalam kalangan mangsa banjir tidak dibenarkan untuk mengambil barang bantuan kerana tidak berdaftar dengan PSS atau perlu melalui pelbagai prosedur yang ketat.

Disebakan perkara tersebut mansa yang terlibat memohon agar barang bantuan dihantar terus kepada mereka namun agak sukar untuk dilaksanakan untuk menghantar di setiap rumah dan tempat yang memerlukan kerana itu la dia dan team mengambil inisiatif untuk meninggalkan barang bantuan di PPS berdekatan supaya mangsa yang terlibat bole datang ambil keperluan yang diperlukan.

Jelas Achey lagi , dia sendiri menyaksikan kelemahan sistem agihan di PPS terbabit apabila sumbangannya tidak diagihkan terus kepada mangsa kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang kononnya ditetapkan bagi mangsa yang terlibat.

Namun ada juga tempat yang mana pihak bertugas memberi arahan supaya barang bantuan di letakkan di satu tempat yang sudah disediakan dan katanya akan diagihkan kerana mahu menjaga SOP dan mereka hanya menurut arahan tetapi terkilan kerana barang bantuan tidak sampai terus kepada mangsa.

Dia yang bimbang kerana terdapat lambakan keperluan dan makanan di beberapa PPS dan berharapa agar sumbangan disampaikan terus kepada mangsa kerana risau jika makanan yang diberikan itu sudah tidak elok untuk dimakan.

Sebenarnya bantuan ini tidak akan terputus kerana orang Malaysia sangat prihatin, jadi kita patut bagi ruang untuk sesiapa sahaja yang bantu tak kiralah daripada NGO atau kerajaan.

Dia yang berkongsi pengalaman “apabila saya kembali semula ke kawasan yang sama pada waktu malam, sumbangan yang saya hantar itu masih ada lagi. Saya pun bagitahu la yang benda ini perlu disampaikan kepada mangsa dengan segera, sebab takut makanannya basi.

Tetapi “Ada yang mengatakan mungkin mereka menunggu saya untuk bergambar dan agihkan. Pada saya perkara itu tidak penting, sumbangan perlu terus diagihkan kepada mangsa sebaik sahaja ia sampai,” katanya.

Dalam pada  itu, Achey berharap agar proses penerimaan bantuan dipermudahkan untuk mangsa banjir kerana jumlah sumbangan yang disalurkan kepada mereka juga tinggi dab terlalu banyak yang masih belum diagihkan hingga ada yang mengatakan tiada bantuan walhal sudah banyak yang disumbangkan dan dihantar oleh ramai poihak yang bersimpati dan memahami tentang keperluan makanan dan keselesaan.

Mengakui dia dan team memang kena ikut SOP, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini. Cuma berharap dan memohon agar permudahkanlah urusan bantuan agar disalurkan kepada mereka yang sepatutnya menerima sumbangan dengan segera tanap menmgambil masa yang lama kerana mangsa sememangnya memerlukannya dalam keadaaan sekarang ini.

Achey juga memohon agar sistem lebih mudah dan pritahan untuk memastikan semua mansa yang terdapat dapat dan merasai bantuan yang disalurkan agar tidak ada yang tertinggal, kerana bantuan sekarang ini sudah terlalu banyak cuma sampai kepada mangsa atau tidak je. Ini bukan stok kedai runcit nak tahan-tahan,katanya.


Selain Achey, beberapa lagi rakan artis seperti Azhan Rani, Didie Alias, Fad Bochey, Beto Kusyairy turut terlibat bersama dalam misi pengagihan bantuan dan menyalurkan kepada mangsa di beberapa kawasan yang terjejas dengan bencana banjir.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Achey Kesal Dengan Sistem Di PPS ,Dah Macam Kedai Runcit.” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia