Home » Isu Semasa » Abang POLIS Selamatkan Anjing Tersadai Tepi Jalan Dapat Pujian Netizen

Abang POLIS Selamatkan Anjing Tersadai Tepi Jalan Dapat Pujian Netizen

Menerusi laman sosial media milik Polis Diraja Malaysia PDRM hari ini ada perkongsian mengenai abang polis trafik telah menyelamatkan seekor anjing yang tersadai di tepi jalan akibat dilanggar.

Katanya lagi bagi memastikan kelancaran trafik disitu lancar bantuan terus diberikan kepada anjing berkenaan dan memastikan ia selamat.

Petikan Dari Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

PIC OF THE DAY: SETIAP MAKHLUK CIPTAAN TUHAN ADALAH BERHARGA

Setiap makhluk yang wujud di muka bumi ini amat berharga, sama-samalah kita berbuat baik dan menyayangi antara satu sama lain kerana setiap yang bernyawa berhak menikmati hidup dengan aman dan selesa.

Terima kasih kepada anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor kerana telah menyelamatkan seekor anjing yang cedera dilanggar oleh kenderaan di kilometer 13.8 Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

Walaupun sibuk dalam memastikan laluan trafik di Kuala Lumpur berjalan lancar, bantuan tetap diberikan kepada anjing berkenaan demi memastikan ia selamat dan kembali berjalan semula.

Mendapat Pujian Netizen

Tindakan abang polis tersebut juga mendapat perhatian dan pujian warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada pdrm.

Sumber Asal : PDRM FB

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share diatas sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Abang POLIS Selamatkan Anjing Tersadai Tepi Jalan Dapat Pujian Netizen” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes