Aaron Ramsey Berkelana Ke Perancis!


OGC Nice. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Ramsey Mahu Mendapatkan Minit Permainan

Pemain tengah Wales, Aaron Ramsey memilih Nice sebagai pangkalan barunya sebaik dilepaskan Juventus.

Aaron Ramsey Berkelana Ke Perancis!

Pemain berusia 31 tahun itu menyertai kelab Ligue 1 berkenaan sebagai ejen bebas, kurang dari seminggu selepas bersetuju untuk menamatkan kontraknya bersama Bianconeri secara persetujuan bersama sambil Nice masih belum mendedahkan kontraknya secara terperinci.


Ramsey menghabiskan tiga tahun bersama Juventus sejak berkelana pada 2019 sejurusnya kontraknya di Arsenal berakhir tetapi beliau bergelut untuk mengukuhkan posisinya di Itali apabila hanya membuat tiga penampilan Serie A musim lalu sebelum menyertai Rangers secara pinjaman.

Beliau tampil sebanyak tujuh kali bersama Rangers dalam Liga Perdana Scotland tetapi kariernya di Glasgow akan dikenang sebagai mengecewakan berikutan kegagalannya menyempurnakan tugas dalam penentuan sepakan penalti untuk berputih mata dalam perlawanan akhir Liga Europa menentang Eintracht Frankfurt di Seville.

Aaron Ramsey Berkelana Ke Perancis!

Ramsey mahu mendapatkan minit permainan sebagai persiapannya menghadapi Piala Dunia di Qatar, hujung November depan.


Beliau yang sering dikaitkan dengan kematian selebriti selepas menjaringkan gol kelihatan menjalani penurunan prestasi dalam kerjaya bola sepaknya.

Namun diharapkan Nice mampu meningkatkan semula kemampuan dan kredibiliti pemain kebangsaan Wales tersebut.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3