Kuala Lumpur: “Itu bukan tanda salib, itu keris (pisau). Awak ingat saya kafir ke apa? Itu pisau… semua pisau mesti ada pemegang yang bentuknya.
“Lainlah kalau saya guna pisau mentega untuk taburkan jem mentega, semuanya Nutella. Saya tak nak guna pisau tu. Keris bukan salib!.”
Demikian kenyataan tegas pelakon Datuk Aaron Aziz berhubung komen negatif segelintir pihak yang mendakwa dia memakai tatu berbentuk salib.
Jom mohon bantuan : Mohon Bantuan ‘one-off’ RM100 Di Sini ~ Mohon Disini Sekarang !
Jom semak : Permohonan Baharu Bagi Rumah Sewa PPR Serendah RM124 Sebulan Golongan 2022 ~ Mohon Disini Sekarang !
Semak juga : Sewa bulanan RM160 – RM250: Ini senarai projek & cara memohon Rumah PPR yang sedang dibuka
Isu ini tercetus berikutan perkongsian gambar pelakon itu di Instagram miliknya baru-baru ini.
Netizen mempertikaikan pemilihan tatu pelakon itu yang memaksanya menjelaskan situasi sebenar menerusi video di akaun TikTok miliknya pada Isnin.
Menerusi video sama, Aaron turut berpesan kepada semua pengikutnya agar membuka minda dan tidak terus memikirkan perkara negatif.
“Buka minda, husnuzon sikit,” katanya sebelum menamatkan video tersebut.
Difahamkan, corak tatu keris merupakan salah satu elemen watak Aaron dalam filem terbarunya ‘The Original Gangster’ arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Netizen nampak berpuas hati dengan penjelasan Aaron. Malah, mereka turut terhibur dengan aksi dan gelagat lidahnya dalam video tersebut.
Usaha harian Metro untuk menghubungi Aaron gagal selepas mesej WhatsApp dan panggilan telefon tidak berjawab.