A.Aida Kongsi Keadaan Selepas BAnjir Di Janda Baik, Pahang.


Berat Mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan tiada kata dapat digambarkan apabila melihat kemusnahan yang teruk di sekitar Janda Baik akibat banjir besar baru-baru ini.

Terdapat banyak pusat pelancongan dan perumahan berdekatan mengalami kemusnahan besar malah kerugian akibat bencana ini. Bersimpati dengan nasib penduduk, penerbit terkenal, Datuk A. Aida mengambil inisiatif menganjurkan program menyantuni mangsa-mangsa banjir di Janda Baik pada Sabtu lalu.

Aida yang berasa besimpati terhadap semua penduduk yang terlibat cuba membantu sehabis mungkin agar mangsa yang terlibat dapat meneruskan hidup seperti sedia kala malah mendapat banyak mendapat panggilan agar dia terlibat dalam misi bantuan tersebut.

Merasa terharu tanpa mampu berkata- kata yang telah mengerakkan hatinya untuk turut bersama artis lain seperti Zoey Rahman dan Ezlynn yang turun padang dalam memudahkan urusan tersebut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Rumah Prihatin turut meluangkan masa hadir pada program itu untuk bersama-sama melawat dan menyerahkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Melalui syarikat produksinya, A. Aida Production Sdn Bhd, penerbit itu dan Tan Sri Annuar berkunjung ke 33 rumah di Pulau Santap, Jalan Lamping dan Chemperoh Bentong untuk mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa yang terjejas.

Banjir yang berlaku kali ini sangat teruk dan telah menyebabkan kerosakkan teruk pada sektor pelancongan malah terdapat juga resort yang total lost malah kerugian ribuan ringgit.

Terdapat juga penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan juga kerosakkan teruk pada rumah malah kenderaaan dan tanah runtuh berlaku di banyak kawasan malah banyak kawasan yang perlu diselenggara dan juga diperbaiki untuk urusan keluar masuk bantuann

Dalam bantuan yang diberikan antaranya termasuklah wang tunai RM500 selain bantuan keperluan harian seperti minyak, gula, tepung, beras, air mineral, teh, kopi, biskut dan sebagainya.

Dengan kerjasama daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), program itu turut disertai Unifi TV Telekom Malaysia, krew penggambaran, orang perseorangan, sukarelawan termasuk selebriti.


Semoga kerjasama bersama sukarelawan dan juga artis ini dapat membantu mangsa yang terlibat memulakan hidup baru setelah bencana berlaku yang memusahnahkan banyak harta benda dan penempatan mereka.

Penafian – Semua yang admin share diatas sekadar tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “A.Aida Kongsi Keadaan Selepas BAnjir Di Janda Baik, Pahang.” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia