A.Aida Kecewa , Saman Amelia Henderson & Idris Khan


Penerbit dan juga pelakon hebat , Datuk A Aida kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang kepada dua pelakon yang sedang melakar nama di dunia lakonan  iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara menarik diri daripada drama Sekali Lagi Cinta Kembali baru – baru ini.

A, Aida mengakui dia merasa terkilan kerana perkara itu berlaku pada saat akhir sebelum drama memulakan penggambaran kerana mereka sudah pernah bekerjasama sebelum ini.

Dia menyifatkan tindakan kedua pelakon tersebut tidak profesional kerana  menarik diri secara tiba – tiba tanpa persetujuan dengannya terlebuh dahulu,

Perkara tersebut menyebabkan Aida terpaksa menyaman mereka kerana telah melanggar kontrak yang sudah ditandatangani dan menyebabkan kerugian besar buat produksinya.

Ramai yang terlibat dalam setiap penggambaran dan kesemua persiapan sudah dilakukan bagi menjayakan penggambara tersebut tetapi ini pula yang berlaku dan menyebabkan Aida merasa pelakon tersebut tidak layak berkerjasama dengannya lagi pada masa akan datang.

“Kita dah tandatangan kontrak lama dan mereka dah ambil bayaran pendahuluan lima peratus. Paling saya tersentak bila Idris beritahu, dia ambil drama ini sebab Amelia, jadi bila Amelia tarik diri, dia tarik diri sama,” katanya.

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

“Nak pujuk itu tidaklah, ‘no way’. Banyak kali pengarah, Riza telefon tapi tak angkat. Jadi kami anggap memang mereka tak mahu.

“Ketika sesi bacaan skrip, mereka datang. Dah terangkan mengenai watak. Lagipun, kita dah bayar semua peralatan, lokasi dah bayar semuanya, beratus ribulah. Ini RM1 juta punya projek,” katanya.


Malah Aida sempat meluahkan rasa kecewa kerana dia yang dahulu penah menaikkan nama Idris namun tidak sangka ini balasan diterimanya setelah sekian lama berkerjasama dalam satu  industri.

Aida juga mengakui dahulunya sangat menyukai Amelia kerana memilik wajah yang cantik serta sangat bagus dan berdisplin semasa menjayakan drama dengannnya dalam Drama Kisah Cinta Kita namun kecewa bila diperlakukan begitu.

“Nama Amelia meletup sebab drama saya iaitu Kisah Cinta Kita. Idris pula berlakon dengan saya, Fattah Amin yang bawa dia ke pejabat saya. Daripada kayu, seorang model, tak pernah berlakon, dengan AAP lah berlakon lepas satu, satu. Saya tak sangka dia berperangai macam ni, sangat tak profesional,” katanya.

A.Aida nampaknya sudah mengambil keputusan yang nekad untuk menyaman kedua artis tersebut agar ianya menjadi pengajaran buat pelakon lain diluar sana.

Penafian – Semua yang kami kongsikan diatas hanyalah panduan dan rujukan ringkasan artikel related dengan “A.Aida Kecewa , Saman Amelia Henderson & Idris Khan” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.