Home » Bantuan » Bantuan Kewangan Untuk B40

Bantuan Kewangan Untuk B40

Kita seringkali mendengar bunyi golongan B40, M40, T20 diungkapkan bilamana pembentangan bajet belanjawan tahunan atau pengumuman bantuan untuk rakyat dari kerajaan.

Ia adalah pengklasifikasian taraf kewangan seseorang individu atau keluarga di Malaysia.

B40, M40 dan T20 masing-masing mewakili 40% Bawah (Bottom 40%), 40% Tengah (Middle 40%) dan 20% Atas (Top 20%).

Sama seperti pengklasifikasian cukai pendapatan anda, klasifikasi pendapatan ini digunakan untuk mengkategorikan rakyat Malaysia mengikut pendapatan isi rumah mereka.

Kategori B40:

  • Dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah.
  • Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini.
  • Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850.

Bantuan untuk B40:

Disebabkan golongan ini berada paling bawah dalam sistem kelas sosial, maka kerajaan Malaysia lebih banyak memfokuskan bantuan untuk golongan ini.

Haruslah diketahui bahawa bantuan ini tidaklah mengkayakan golongan ini, sebaliknya sekadar cukup untuk mengurangkan kesukaran hidup yang mereka alami, lebih-lebih dalam fasa pandemik COVID-19 yang menyebabkan kesukaran hidup.

Berikut merupakan antara bantuan untuk golongan B40:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  1. BPN 2.0
  2. Skim Peduli Kesihatan
  3. Skim Perlindungan MySalam
  4. Penjana 2.0
  5. Bantuan Khas COVD-19 (BKC)

Kepentingan klasifikasi pendapatan isi rumah:

Klasifikasi ini bukanlah sekadar untuk tahu betapa miskin atau kayanya seseorang individu itu sahaj, tetapi ianya penting untuk membantu kerajaan merancang dengan secukupnya skim keselamatan sosial dan penggubalan rancangan pembangunan negara.

Oleh itu, kriteria untuk B40, M40 dan T20 ini adalah angka yang dikeluarkan bersandarkan kepada angka daripada Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah & Kemudahan Asas (HIS) yang dijalankan dua kali setiap 5 tahun.

Had pendapatan B40:

b40

Jika dilihat daripada jadual di atas, kelas B40 juga dibahagian kepada 4 taraf yakni B1, B2, B3 dan B4.

Daripada jadual di atas juga, had pendapatan bagi setiap kelas ini ini juga dinyatakan pada kolum paling kanan dan jadual ini diperoleh daripada data yang dikumpulkan oleh Habtan Perangkaan Malaysia.

Satu perkara yang perlu anda perhatikan adalah perbezaan taraf hidup di banda dan luar bandar yang sangat jauh berbeza.

Disebabkan itulah individu dari golongan M40 di luar bandar boleh menjadi golongan “miskin bandar” apabila mereka tinggal di bandar kerana perbezaan taraf hidup dimana harga rumah, barangan dan makanan sememangnya lebih tinggi di bandar.

Maklumat Lanjut:

Untuk dapatkan lebih info, pihak kami akan kongsikan di artikel yang selanjutnya.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia share diatas hanyalah tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Bantuan Kewangan Untuk B40” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!